Home » » Nasib Peniaga Melayu Melaka ; Janji Pemimpin BN Menghiris Hati...Part II

Nasib Peniaga Melayu Melaka ; Janji Pemimpin BN Menghiris Hati...Part II

Written By Unknown on 19/02/2014 | 9:00 am





Semalam Aakj ada tulis d SINI tentang nasib Peniaga Melayu Melaka yang 'talian hayat' mereka hampir padam..

Akhirnya Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Dataran Pahlawan mula bersuara dan Aakj mohon sangat-sangat Kerajaan BN Melaka buka pintu hati dan bantu mereka ini..renung sejenak..Apa yang Melayu Melaka buat dan Apa yang Cina Melaka lakukan pada Kerajaan BN..maaf bunyi seperti rasis namun kita sebagai manusia biasa..pahit kena belajar untuk telan..jangan sampai PRU14, Melayu hukum Kerajaan BN Melaka !! ;


Salam sejahtera,
ribuan terima kasih kepada blog AAKJ kerana sudi menyiarkan masalah peniaga-peniaga Melayu Dataran Pahlawan. Saya menulis disini dengan kapasiti saya sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Dataran Pahlawan. 

Kalau sebelum ini saya menentang penulisan sebegini menerusi blog ataupun Facebook demi menjaga nama Persatuan, pihak PBT maupun Ketua Menteri Melaka namun akhirnya saya mengalah…sudah terlalu lama masalah dan kemelut ini melanda peniaga-peniaga Melayu di Dataran Pahlawan ini. Sudah banyak usaha secara baik yang cuba kami lakukan untuk cuba menyelesaikan masalah ini namun menemui jalan buntu. 

Biarlah saya mulakan dengan sejarah peniaga-peniaga Melayu Dataran Pahlawan ini dahulu. 

Sebelum ini, iaitu sebelum tahun 2006, kami berniaga di pinggiran Padang Pahlawan di kedai-kedai sementara yang dibina daripada zink dan dengan lesen sementara sebanyak Rm60 sebulan. 

Alhamdulillah dengan keadaan serba kekurangan kami masih mampu berniaga dan bertahan. Dapatlah juga kami merasa kenikmatan kemerdekaan dan kemakmuran Negeri Melaka. 

Daripada jutaan pelancong yang datang berkunjung ke Melaka dapatlah juga kami merasa tempiasnya. Demi menyahut seruan Kerajaan Negeri yang mana ingin mencapai taraf Melaka Maju 2010 kami diarahkan berpindah ke dalam Kompleks Dataran Pahlawan Melaka Megamall dengan pelbagai janji manis.

Antara janji yang diberi adalah apabila kami ditempatkan dikompleks tersebut nanti, TIADA lagi gerai-gerai menjual kraftangan diluar kawasan kompleks yang akan dibina dan lesen menjual kraftangan tidak akan diberikan lagi untuk kawasan Banda Hilir. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lesen-lesen menjual kraftangan terus diberikan dan lebih banyak gerai-gerai kraftangan diwujudkan.

Ketika kami berpindah masuk ke dalam kompleks tersebut, prasarana tidak disiapkan. Kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membuat pendawaian dan lantai yang mana kos asas sahaja telah mencecah ribuan ringgit yang mana ianya merupakan jumlah yang amat besar nagi peniaga-peniaga kecil seperti kami. 

Pada peringkat awal sahaja, lebih kurang 50 peniaga Melayu ini telah menarik diri kerana gagal menampung kos awal perpindahan. 100 peniaga yang lain teruskan juga usaha untuk berniaga kerana kami tiada pilihan lain dan ada diantara kami ini adalah peniaga yang mewarisi perniagaan dari keluarga yang telah puluhan tahun berniaga dan hidup dengan hasil menjual kraftangan dan kuih tradisional.

Kini telah hampir lapan tahun kami berniaga disini, bukan harta yang kami kumpul tetapi hutang yang keliling pinggang. Perniagaan makin merudum. Ketika Melaka dibanjiri pelancong pada waktu cuti persekolahan kami disini masih termenung dikedai masing-masing dengan penuh harapan agar ada pelancong yang JUMPA kedai kami yang tersorok dibahagian bawah kompleks yang gah ini.

Pelbagai pihak telah kami jumpa, pelbagai cadangan telah kami beri tapi hampa. Seolah-olah kami tidak wujud di Bumi Melaka yang bertuah ini.

Setakat lawatan wakil rakyat dah beberapa kali lebih-lebih lagi waktu pilihanraya. Seratus peratus ahli-ahli kami adalah Melayu dan Sembilan puluh peratus adalah penyokong setia UMNO dan Barisan Nasional. 

Sekiranya hak kami di Bumi sendiri ditolak kemana kah arah tuju kami. Pada siapa lagi harus kami mengadu. Saya selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu sudah berasa kecewa dengan sikap pihak PBT maupun Kerajaan Negeri yang tak ambil pusing nasib kami disini.

Sewaktu pemerintahan Datuk Ali sebagai Ketua Menteri telah beberapa kali terkeluar dari mulut beliau sendiri apabila kami mengadu nasib kami disini, katanya “Kalau tak boleh berniaga disini, keluar ajalah. Banyak orang cina nak tempat ni”

Adakah kami akan menerima nasib yang sama dibawah pemerintahan YAB Datuk Idris Haron? Setakat ini masih tidak ada apa-apa yang kami Nampak. Surat yang kami hantar pun tiada balasan. Seolah-olah tidak berminat untuk ambil tahu.

Kini hanya tinggal 52 orang ahli sahaja dan sebahagiannya adalah peniaga baru yang mengambil alih tempat peniaga lama yang sudah tutup perniagaan dan ada yang sedang menunggu tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang, samada hutang sewa kedai maupun hutang bank.

Kami bukannya minta perkara yang bukan-bukan. Kami hanya mahu tempat kami ini dimasukkan didalam kalendar pelancongan, sediakan papantanda yang mencukupi, sediakan parkir bas untuk pelancong. 

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seringkali parkir kereta yang ada pun ditutup untuk kemudahan segelintir pihak yang menyewa padang Pahlawan untuk acara mereka. 

Laluan untuk ke tempat kami dari arah AFamosa juga ditutup dengan pagar. Apa nak jadi dengan tempat kami? 

Dah lah tersorok dipagar pula! 

Kami sangat-sangat berharap agar pihak PBT, Exco maupun Ketua Menteri Melaka sendiri untuk duduk semeja dan berbincang agar perniagan kami tidak terus berkubur di ceruk kompleks yang gah ini dan bangsa asing terus menjajah dan mengaut keuntungan daripada kepesatan industri pelancongan di Melaka ini.

-Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Dataran Pahlawan
Share this article :

+ comments + 1 comments

2/19/2014 3:46 pm

Kami sangat-sangat berharap agar pihak PBT, Exco maupun Ketua Menteri Melaka sendiri untuk duduk semeja dan berbincang agar perniagan kami tidak terus berkubur di ceruk kompleks yang gah ini dan bangsa asing terus menjajah dan mengaut keuntungan daripada kepesatan industri pelancongan di Melaka ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger