Home » , » Melayu Melaka Terpinggir ? ; "Tutup Saja Jonker Walk"

Melayu Melaka Terpinggir ? ; "Tutup Saja Jonker Walk"

Written By Unknown on 18/02/2014 | 7:00 am


Melaka Bandaraya Bersejarah..Bandaraya Teknologi Hijau..malah banyak lagi nama yang gah d bumi ini..tidak termasuk nama-nama Pahlawan Melayu yang terpahat dalam lipatan sejarah d zaman awal sejarah Kota Melaka.

Aakj tak nak cerita bab sejarah Melaka..semua dah tahu dan ianya ada dalam buku sekolah seawal pendidikan sekolah rendah. Aakj ambil kesempatan ini kerana dah mula kedengaran suara-suara "Melayu Melaka" yang mula tidak puashati dengan apa yang Kerajaan BN Melaka dalam menangani masalah kaum Melayu Melaka..terutama warga Bandar Melaka yang makin 'surut'..hilang..tersisih dalam arus pembangunan.

Aakj taknak cerita umum..nak fokus bab nasib Peniaga Melayu Melaka yang turut sama dalam mewarnai perniagaan d Bandar Melaka..baik skim kecil maupun yang sederhana..baik yang terliba dalam peruncitan maupun yang termasuk dalam kategori Perniagaan Barangan Kraftangan Melaka..demi menyambut seruan Kerajaan Negeri kerana hasil utama Melaka adalah Pelancungan. Tahniah dari Aakj khas untuk Mantan Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam yang mampu bangunkan industri ini..bukan senang nak bawa orang luar ke negeri kita kalau hanya bersandarkan sejarah semata-mata.

Walaupun Dato Ali hebat bangunkan negeri..hebat cuba samaratakan kek ekonomi negeri..hebat samaratakan peluang niaga kepada semua bangsa..akhirnya dalam politik, Dato Ali d tumbangkan hanya kerana 'wave' pengundi Cina yang tolak siapa saja Wakil BN ketika PRU12 dulu. Jasa dan keperihatin Dato Ali lenyap begitu saja. Malah ada juga Melayu yang hantar isyarat bahawa mereka 'terluka' dengan layanan Kerajaan BN terhadap bangsa Melayu ketika itu. Walau tak banyak undi protes dari Melayu Melaka..namun impaknya tetap ada.

Kini, Ketua Menteri yang baru, Datuk Idris Harun, mula naik jawatan nampak macam tegas tapi apa yang Aakj dengar..akhirnya lemau juga..suara peniaga Melayu Melaka d bandar makin kuat.."janji capati" juga turut kedengaran dan yang paling terkejut..peniaga Melayu Melaka yang selama ini menyokong Kerajaan BN bukan setakat d anak tirikan..malah lebih teruk dari itu..anak buangan..itu kot yang paling sesuai.

Jangan terkejut kalau anda ke Melaka..ada Dataran Pahlawan..d 'basement'nya terletak himpunan Peniaga Melayu, 100 lebih peniaga yang berniaga barang kraftangan Melaka dan juga makanan tradisional Melaka..sayangnya..tak semua orang tahu..seolah tak pernah wujud promosi tentang adanya tempat yang menjual pelbagai barangan cenderamata Melaka ini.

Aakj kebetulan merayau..singgah d kompleks beli belah yang katanya terbesar d Melaka..DATARAN PAHLAWAN..yaa itu nama gahnya..terkejut..ada bazar kraftangan..dan makin terkejut..kini hanya tinggal 53 peniaga sahaja..

"dulu ada parking bas d sediakan d hadapan bazar kami, pelancung datang dan tahu ada kedai cenderamata Melaka..kini bas dah tak boleh masuk.." - peniaga.

"..Kerajaan Negeri sibuk dok layan Jonker Walk sebagai pusat pelancungan sama seperti Petaling Street..kenapa tak buat untuk kami juga seperti itu..apa lebih mereka..apa kurangnya kami.." - tegas salah seorang peniaga d situ.

"..jalan sesak pun masih dok berdolak dalik dengan peniaga d Jonker Walk..takut..walhal kami semuanya 100% sokong Kerajaan BN.." - sambung beliau yang ingin d kenali sebagai Kak Ti.

Aakj juga ambil kesempatan meninjau sendiri keadaan yang agak kurang d beri perhatian oleh Kerajaan Negeri d bazar tersebut yang d kenali sebagai "Heritage Gallery"..pintu utama yang kecil..kalau tak betul-betul perati maka anda takkan tahu wujudnya bazar ini.

Paling teruk dan harap Kerajaan Negeri ambil perhatian..papan tanda yang ada d luar sana, seperti dalam foto yang Aakj sertakan..inikah cara bahagian pelancungan negeri promosikan tempat ini ??

"..dalam Buku Melawat Melaka memang jangan haraplah..Jonker Walk ada..kami hanya d promosikan Shopping Mall Dataran Pahlawan saja.." - Kak Ti.

"..masa nak PRU dulu..yang nak bertanding datanglah..lepas tu senyap..bermacam janji d tanam...bibir je lah.." sambung Kak Ti lagi.

Bersambung..perghhh ada cerita menarik juga tang tempat ni..but before that..cu baca sahabat Aakj cerita tang kurang ajarnya peniaga d Jonker Walk masa kebakaran Jumaat lepas ;

Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana daripada DAP Lai Kuen Ban telah menyalahkan anggota bomba lambat bertindak mengawal kebakaran di premis tersebut yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Cina sebelum ini. DAP tidak habis-habis dengan provokasi jahat menyalahkan agensi kerajaan.

Baca selanjutnya d SINI apa kata Adun babi ni..semuanya salah orang..ni ke Kerajaan BN masih nak bagi muka?




Share this article :

+ comments + 5 comments

2/18/2014 12:39 pm

Saya salah seorang peniaga di heritage gallery. Sedih dengan nasib kami. Ibarat kais pagi makan pagi. X siapa yang tahu. Tolong lah buat sesuatu dengan peniaga2 MELAYU disini. Banyak lagi yang ingin diceritakan mengenai nasib peniaga2 melayu disini. Terima kasih kepada penulis blog serba sedikit dapat menceritakan keadaan kami di heritage gallery dataran pahlawan di melaka. Tq.

2/18/2014 3:22 pm

Part 1. Salam sejahtera, ribuan terima kasih kepada blog AAKJ kerana sudi menyiarkan masalah peniaga-peniaga Melayu Dataran Pahlawan. Saya menulis disini dengan kapasiti saya sebagai Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Dataran Pahlawan. Kalau sebelum ini saya menentang penulisan sebegini menerusi blog ataupun Facebook demi menjaga nama Persatuan, pihak PBT maupun Ketua Menteri Melaka namun akhirnya saya mengalah…sudah terlalu lama masalah dan kemelut ini melanda peniaga-peniaga Melayu di Dataran Pahlawan ini. Sudah banyak usaha secara baik yang cuba kami lakukan untuk cuba menyelesaikan masalah ini namun menemui jalan buntu. Biarlah saya mulakan dengan sejarah peniaga-peniaga Melayu Dataran Pahlawan ini dahulu.
Sebelum ini, iaitu sebelum tahun 2006, kami berniaga di pinggiran Padang Pahlawan di kedai-kedai sementara yang dibina daripada zink dan dengan lesen sementara sebanyak Rm60 sebulan. Alhamdulillah dengan keadaan serba kekurangan kami masih mampu berniaga dan bertahan. Dapatlah juga kami merasa kenikmatan kemerdekaan dan kemakmuran Negeri Melaka. Daripada jutaan pelancong yang datang berkunjung ke Melaka dapatlah juga kami merasa tempiasnya. Demi menyahut seruan Kerajaan Negeri yang mana ingin mencapai taraf Melaka Maju 2010 kami diarahkan berpindah ke dalam Kompleks Dataran Pahlawan Melaka Megamall dengan pelbagai janji manis. Antara janji yang diberi adalah apabila kami ditempatkan dikompleks tersebut nanti, TIADA lagi gerai-gerai menjual kraftangan diluar kawasan kompleks yang akan dibina dan lesen menjual kraftangan tidak akan diberikan lagi untuk kawasan Banda Hilir. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lesen-lesen menjual kraftangan terus diberikan dan lebih banyak gerai-gerai kraftangan diwujudkan.
Ketika kami berpindah masuk ke dalam kompleks tersebut, prasarana tidak disiapkan. Kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membuat pendawaian dan lantai yang mana kos asas sahaja telah mencecah ribuan ringgit yang mana ianya merupakan jumlah yang amat besar nagi peniaga-peniaga kecil seperti kami. Pada peringkat awal sahaja, lebih kurang 50 peniaga Melayu ini telah menarik diri kerana gagal menampung kos awal perpindahan. 100 peniaga yang lain teruskan juga usaha untuk berniaga kerana kami tiada pilihan lain dan ada diantara kami ini adalah peniaga yang mewarisi perniagaan dari keluarga yang telah puluhan tahun berniaga dan hidup dengan hasil menjual kraftangan dan kuih tradisional.
Kini telah hampir lapan tahun kami berniaga disini, bukan harta yang kami kumpul tetapi hutang yang keliling pinggang. Perniagaan makin merudum. Ketika Melaka dibanjiri pelancong pada waktu cuti persekolahan kami disini masih termenung dikedai masing-masing dengan penuh harapan agar ada pelancong yang JUMPA kedai kami yang tersorok dibahagian bawah kompleks yang gah ini.

2/18/2014 3:23 pm

Part 2. Pelbagai pihak telah kami jumpa, pelbagai cadangan telah kami beri tapi hampa. Seolah-olah kami tidak wujud di Bumi Melaka yang bertuah ini. Setakat lawatan wakil rakyat dah beberapa kali lebih-lebih lagi waktu pilihanraya. Seratus peratus ahli-ahli kami adalah Melayu dan Sembilan puluh peratus adalah penyokong setia UMNO dan Barisan Nasional. Sekiranya hak kami di Bumi sendiri ditolak kemana kah arah tuju kami. Pada siapa lagi harus kami mengadu. Saya selaku Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu sudah berasa kecewa dengan sikap pihak PBT maupun Kerajaan Negeri yang tak ambil pusing nasib kami disini.
Sewaktu pemerintahan Datuk Ali sebagai Ketua Menteri telah beberapa kali terkeluar dari mulut beliau sendiri apabila kami mengadu nasib kami disini, katanya “Kalau tak boleh berniaga disini, keluar ajalah. Banyak orang cina nak tempat ni”. Adakah kami akan menerima nasib yang sama dibawah pemerintahan YAB Datuk Idris Haron? Setakat ini masih tidak ada apa-apa yang kami Nampak. Surat yang kami hantar pun tiada balasan. Seolah-olah tidak berminat untuk ambil tahu.
Kini hanya tinggal 52 orang ahli sahaja dan sebahagiannya adalah peniaga baru yang mengambil alih tempat peniaga lama yang sudah tutup perniagaan dan ada yang sedang menunggu tindakan mahkamah kerana gagal menjelaskan hutang, samada hutang sewa kedai maupun hutang bank.
Kami bukannya minta perkara yang bukan-bukan. Kami hanya mahu tempat kami ini dimasukkan didalam kalendar pelancongan, sediakan papantanda yang mencukupi, sediakan parkir bas untuk pelancong. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seringkali parkir kereta yang ada pun ditutup untuk kemudahan segelintir pihak yang menyewa padang Pahlawan untuk acara mereka. Laluan untuk ke tempat kami dari arah AFamosa juga ditutup dengan pagar. Apa nak jadi dengan tempat kami? Dah lah tersorok dipagar pula! Kami sangat-sangat berharap agar pihak PBT, Exco maupun Ketua Menteri Melaka sendiri untuk duduk semeja dan berbincang agar perniagan kami tidak terus berkubur di ceruk kompleks yang gah ini dan bangsa asing terus menjajah dan mengaut keuntungan daripada kepesatan industri pelancongan di Melaka ini.

2/18/2014 8:20 pm

wkasalam,,kepada semua sudah lapan tahun sudah, kami berniaga disini, masaalah kami belum lagi dapat diselesaikan.hanya menagih janji macam penagih yang dahaga kan janji dan omong kosong..

2/19/2014 6:50 pm

maafkn saya.ujg thn lpas kami brcuti d mlake,dan brmlm d hotel xplorer 2 mlm.kami pegi zoo,mnara,umbai,rivercruise,tp xsinggah d dtrn pasal xtau pun ap kdai dalam tu.pnjwt awam perak

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger