Home » » "Malai Si Melayu Mati" ; RTM Hentikan Siaran Sitcom 88 Kopitiam, Tahniah !!

"Malai Si Melayu Mati" ; RTM Hentikan Siaran Sitcom 88 Kopitiam, Tahniah !!

Written By Unknown on 08/02/2014 | 7:06 pm


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiasat dengan terperinci penglibatan seorang pelakon sitkom 88 Kopitiam yang didakwa terlibat dalam klip video berbaur sindiran sempena Tahun Baharu Cina pada 31 Januari lalu.
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail dalam satu siaran media berkata, pihaknya turut mengarahkan sitkom berkenaan diberhentikan siarannya buat sementara waktu.
“RTM akan memanggil penerbit program berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut dan akan memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran video membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang tersebar luas di laman Youtube sejak Isnin lalu.
Dalam pada itu, Norhyati berkata, RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program yang memburukkan nama dan imej negara.
“RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk- burukkan nama dan imej negara dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Sitkon 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7.00 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina yang berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger