Home » » Kit Siang Babi Tidak Puashati Tarikh Pilihanraya Kecil Kajang

Kit Siang Babi Tidak Puashati Tarikh Pilihanraya Kecil Kajang

Written By Unknown on 07/02/2014 | 4:20 am

Lim Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac 2014 memberi kelebihan buat Barisan Nasional (BN).
Beliau mendakwa, tiada mana-mana pihak akan percaya bahawa SPR “bermurah hati” untuk memperuntukkan tempoh berkempen lebih lama di DUN Kajang bagi memastikan pilihan raya itu dapat dijalankan secara bebas, saksama dan bersih.
“Masa berbaki selama 45 hari sehingga 23 Mac adalah cukup banyak untuk BN mencipta pelbagai kejutan dan serangan ke atas Anwar dengan matlamat utama meningkatkan perselisihan dalam pakatan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang turut mendakwa, penetapan 11 Mac 2014 sebagai hari pencalonan ada kena-mengena dengan acara pembukaan rasmi sesi kedua bagi Parlimen ke-13 pada 10 Mac ini.
Menurutnya, tarikh 11 Mac 2014 ditetapkan dengan tujuan mensabotaj penyertaan Anwar dalam acara tersebut memandangkan Anwar adalah pembahas utama Titah Diraja bagi pakatan pembangkang.
Beliau turut menyifatkan PRK DUN Kajang merupakan ujian terbesar buat pakatan pembangkang dalam menunjukkan perpaduan mereka rakyat.
“Anwar bukan saja perlu menang dalam PRK DUN Kajang, malah beliau perlu menang dengan majoriti lebih besar,” dakwanya. – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger