Home » » "Khalid, Tolong Cermin Diri.." - Ahli Parlimen Pkr Hulu Langat

"Khalid, Tolong Cermin Diri.." - Ahli Parlimen Pkr Hulu Langat

Written By Unknown on 10/02/2014 | 10:06 pm


Mungkin kerana tidak tahan dengan desakan dan kritikan yang dikeluarkan sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim akhirnya membuka mulut dengan meminta ahli parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani untuk meletakkan jawatan.
 
Khalid yang ditemui ketika majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Bandar Tun Razak Sabtu lalu meminta agar Abdullah yang juga merupakan Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melepaskan jawatan tersebut kerana dilihat hanya memperjuangkan hak segelintir pegawai eksekutif berbanding golongan buruh.
 
“Dia (Abdullah) pun patut ditukar juga. Tetapi dari segi itu ia menunjukkan bahawa adakah tumpuan MTUC kepada buruh-buruh seluruh negara ataupun segelintir eksekutif yang mendapat gaji lumayan dari apa yang didapati oleh buruh-buruh.
 
“Sebab mereka (yang dipecat) bukan pekerja buruh. Saya hairan mengapa MTUC boleh mengambil kira tentang pekerja-pekerja yang gajinya (sama seperti) tokeh MTUC. Jadi tidak boleh. Pekerja-pekerja buruh ada tanggungjawab, mereka ini ada tanggungjawab yang lain,” katanya.
 
Pada 4 Februari lalu, akhbar melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.
 
Abdullah ketika diminta mengulas kenyataan tersebut, sekali lagi membidas Khalid dengan memintanya agar ‘cermin muka’ terlebih dahulu.
 
“Dia cakap begitu (cabar lepas jawatan) pada saya? Tolong cermin sedikit diri  Khalid…saya dapat jawatan itu sebab saya dipilih oleh 620,000 orang, saya dipilih.
 
“Bukan macam dia, dapat jawatan itu sebab dia dilantik atas kapasiti sebagai seorang Menteri Besar, kalau tidak haram orang nak pilih dia sebagai Pengerusi PKNS, tolong cermin diri sedikit lah Khalid,” katanya.
 
Abdullah sebelum ini menggesa agar Khalid dilucutkan jawatannya sebagai Menteri Besar kerana menyifatkan tindakan pemecatan kakitangan kontrak PKNS itu sebagai satu pengkhianatan yang cukup menjijikkan dan tak boleh diterima.
 
"Inilah sebab Khalid wajib ditukar. Ini bukan negara 'kunta-kinte'. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu.
 
“Selaku pentadbir tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab,” tegasnya yang juga merupakan pengerusi biro pekerja PKR.

Oleh ZR
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger