Gua Musang: “Selama 20 tahun berkahwin kami kerap berbalah, malah dia pernah mengungkapkan perkataan mahu membunuh saya.
Dia panas baran dan sudah beberapa kali saya menuntut cerai daripadanya,” kata Nisah Drani, 38, bekas isteri seorang lelaki yang menelan serbuk dipercayai racun sehingga tidak sedarkan diri selepas mereka bercerai, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi di Taman Bunga Tropika, di sini, lelaki berusia 53 tahun itu kini bertarung nyawa selepas dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
Nisah yang mempunyai empat anak berusia 10 hingga 19 tahun hasil perkongsian hidup dengan lelaki itu berkata, sebelum kejadian, mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang untuk menyelesaikan kes tuntutan perceraiannya pada jam 8.30 pagi dan bekas suami melafazkan cerai terhadapnya di mahkamah berkenaan.

Post a Comment