Home » » Kelantan : Berebut Jawatan Penyelia DUN Depan Rumah MB, Rakyat Makan Dedak !

Kelantan : Berebut Jawatan Penyelia DUN Depan Rumah MB, Rakyat Makan Dedak !

Written By Unknown on 10/02/2014 | 12:00 pm


Krisis pakatan pembangkang antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Kelantan semakin rumit ibarat retak menanti belah apabila masing-masing mahu menunjuk ego dan siapa berkuasa.


Dalam kejadian terbaru, lebih 50 penyokong PKR Kawasan Kuala Balah di Jeli yang datang dengan memandu 13 kereta menyerbu kediaman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub di Kampung Alur Pasir, Wakaf Bharu, dekat Tumpat.

Kumpulan itu dikatakan bertindak demikian kerana mahu Ahmad campur tangan dengan pentadbiran kerajaan negeri dan parti itu bagi menyelesaikan krisis penarikan balik jawatan Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukan kepada PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah.

Difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum ke-3 (PRU-13) Mei lalu, bekas calon PKR Kuala Balah, Ramlan Mat dilantik sebagai Penyelia DUN, tetapi telah ditarik balik oleh kerajaan negeri dan digantikan dengan penyokong Pas.

Tidak puas hati dengan tindakan itu, sekumpulan lebih 50 penyokong PKR DUN Kuala Balah berarak ke rumah Ahmad untuk memintanya mengekalkan semula Ramlan sebagai Penyelia DUN kawasan itu, bukan diberikan kepada Pas.

Menurut mereka, jawapan yang diberi dalam pertemuan dengan Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu disifatkan terlalu dangkal dan tidak mencerminkan keperibadian beliau sebagai pentadbir Kelantan.

“Ahmad beritahu jawatan itu adalah hak Pas, sedangkan mengikut perjanjian Penyelia DUN Kuala Balah diberikan kepada PKR.

“Lagipun jika ia hak milik Pas kenapa kerajaan negeri melantik Ramlan sebagai Penyelia DUN selepas PRU 13 lalu? Sepatutnya awal-awal lagi beliau tidak diberikan jawatan itu kepada PKR. Ini menyerlahkan pentadbiran kerajaan Kelantan bawah Amah agak lemah, tidak tersusun dan cakna,” kata mereka.

Mereka juga mempersoalkan jika kerajaan Pas Kelantan tidak suka kepada PKR lebih baik mereka menyatakan dengan jelas dan terus terang supaya PKR tidak berasa ditindas atau dipermain-mainkan, lebih-lebih lagi parti itu telah memalukan Ramlan.

Dipercayai dalam kumpulan 50 penyokong PKR Kuala Balah itu turut hadir Pengarah Komunikasi PKR negeri, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud untuk memberi sokongan dengan tuntutan itu. sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger