Home » » Insiden Gaduh JDT-T Team ; Malaysiakini Cuba Kaitkan Tengku Mahkota?

Insiden Gaduh JDT-T Team ; Malaysiakini Cuba Kaitkan Tengku Mahkota?

Written By Unknown on 03/02/2014 | 8:00 am



Seorang petugas media yang merakamkan insiden pergaduhan pegawai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin Johor malam semalam, diugut sekiranya beliau tidak menghentikan rakamannya.


Astro Arenamalam semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".

Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di laman Facebook Media Soccer Newsmenunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.


Sebelum pergaduhan tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri dan keluar daripada bingkai lensa kamera.

Kamera itu kemudiannya turut menggerakkan ke kiri bagi merakam kekecohan dan pergaduhan itu tetapi tidak jelas siapa yang mengasari siapa.

Tiba-tiba kemudiannya lensa kamera bergerak ke kanan menunjukkan lelaki berjambang itu beredar dengan dikelilingi beberapa lelaki lain.

Artikel ini aakj ambil 100% dari Malaysiakini..klik d SINI...foto tu mirip siapa pun anda boleh agak..


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger