23/02/2014

Hina Sultan ; Kumpulan Loyar Babi Tidak Puashati Hukuman Terhadap Karpal


Gerakan `Lawyers for Liberty’ (LFL) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Pengerusi DAP, Karpal Singh bersalah kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengarahkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Pengarah Eksekutifnya, Eric Paulsen mendakwa, pihaknya berasa amat terkejut dengan keputusan tersebut yang memungkinkan Karpal dipenjarakan sehingga tiga tahun dan kelayakannya sebagai Ahli Parlimen ditarik balik.

“Membuat komitmen atau kritikan politik bukan satu jenayah terutama dalam kes Karpal yang lebih kepada memberi nasihat perundangan pada 2008 berhubung krisis Perlembagaan di Perak dan tiada dalam apa jua keadaan ia boleh dianggap sebagai menghasut,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.

Eric dalam pada itu mendakwa dakwaan hasutan adalah satu dakwaan kuno dan tidak demokratik dan kebanyakan negara moden telah menarik balik dakwaan seperti itu.

Media hari ini melaporkan Pengerusi DAP didapati bersalah kerana didapati mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkenaan tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah mengarahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah. Prosiding untuk menjatuhkan hukuman ditetapkan pada 7 Mac untuk memberikan ruang masa kepada pasukan pembelaan menyiapkan laporan perubatan Karpal.

Karpal yang berusia 74 tahun berhadapan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebiH RM5,000. Jika hukuman dijatuhkan, Karpal akan secara automatik kehilangan kerusi Parlimennya.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor akan memfailkan rayuan berhubung sabitan itu dalam masa dua minggu. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment