Masih ingat kes adik Nursyafiqah Abdullah yang baru berusia 2 tahun tapi ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari lalu?
Kini, beredar status di Facebook yang didakwa menceritakan sebab sebenar kematian Nursyafiqah.
Sangkaan menyatakan arwah dirogol dikatakan tidak benar, sebaliknya anak kecil ini mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa agar ditelan arwah sebelum kematiannya.
Menurut status berkenaan, perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.
Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya iblis bertopengkan manusia.
Post a Comment