Seperti kita sedia maklum, antara isu yang mengiringi Maharaja Lawak Mega 2013 yang berakhir malam tadi adalah lawak Nabil dalam salah satu persembahannya yang mengungkit kisah lama juri tetap MLM2013, Luna Maya.
Tindakan Nabil itu mengundang kecaman banyak pihak yang menganggap dia sudah menjatuhkan air muka Luna Maya meskipun tuan punya badan sendiri dilihat ‘cool’ sahaja dengan perkara ini.
Apa pun, ia boleh dianggap selesai menerusi permohonan maaf yang dibuat Nabil dalam rancangan MeleTOP minggu lepas, selain Astro sendiri dikatakan telah menghubungi Luna Maya bagi menjernihkan keadaan.
Ketika MLM2013 semalam, rata-rata mata yang memandang Luna Maya pasti terpukau melihat kecantikannya.
Namun tak dapat dinafikan, pakaiannya boleh dikatakan sangat seksi hingga menampakkan sebahagian besar pangkal dada.
Malah sesetengah laman portal di internet dilihat mengulas pakaian Luna Maya malam tadi sebagai daring kerana dikatakan tampil tidak memakai bra.
Sebenarnya pakaian Luna Maya ini biasa dikenakannya di Indonesia, malah banyak yang lebih seksi lagi. Tapi mungkin dia kurang maklum bahawa di negara ini tidak semua pekara boleh diterima terlalu terbuka.
Seharusnya, artis luar yang datang prihatin terhadap undang-undang dan sensitivi negara ini. Pihak penganjur juga sepatutnya memberi garis panduan kepada tetamu luar yang dijemput mereka daripada segi etika berpakaian.
Macam hal Luna Maya ini, elok-elok orang dah berhenti cakap tentang sejarah silamnya, tak banyak mesti sedikit ada yang akan mengaitkannya dengan kejadian mengaibkan itu bila melihat keterbukaannya berpakaian. Tak gitu?
mynewshub
Post a Comment