Home » » BR1M ; Kenapa Masih Ada Yang Belum Di Masukkan Dalam Akaun Bank

BR1M ; Kenapa Masih Ada Yang Belum Di Masukkan Dalam Akaun Bank

Written By Unknown on 24/02/2014 | 12:55 am




Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lalu mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata, nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). 

Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Cara Membuat rayuan klik d SINI
Share this article :

+ comments + 1 comments

2/24/2014 1:19 am

CiMB le bank yg bermasaalah tu... cibai punya cimb wtf !!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger