Home » » Bantuan Setengah Billion ; Waythamoorthy Sembunyikan Dari Hindraf ?

Bantuan Setengah Billion ; Waythamoorthy Sembunyikan Dari Hindraf ?

Written By Unknown on 18/02/2014 | 3:42 pm



SEMINGGU selepas meletakkan jawatannya sebagai senator dan timbalan menteri, pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P. Waythamoorthy muncul kali pertama dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.

Dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy turut menggesa Najib supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Waythamoorthy, yang satu ketika dulu dah hampir nak mati kerana mogok lapar di sebuah kuil di Rawang.

Sepatutnya dia berterima kasih kepada Najib, kerana sanggup dan masih sudi mengambilnya menjadi Timbalan Menteri walaupun kepimpinanannya bukanlah hebat mana pun.

Anak kelahiran Kelantan kena ingat, dia adalah merupakan pemimpin masyarakat India dari badan bukan kerajaan yang pertama dilantik sebagai timbalan menteri.

Perlantikan sebegitu tak pernah dibuat oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini, sedangkan kejayaan terbesar beliau ketika menerajui Hindraf adalah memfitnah kerajaan dan menyemarakkan semangat untuk orang India berdemo dan bermusuh di depan KLCC, itu saja.

Kemudian bila nampak isu itu tidak mendapat sokongan yang diharapkan, mulalah buat-buat mogok lapar untuk menarik simpati.

Namun biarpun begitu, Najib masih sudi mendengar keluh kesah Hindraf, masih sudi mengambilnya yang ‘bukan siapa-siapa’ sedangkan kita tahu MIC sendiri cukup berbulu dengan perlantikan tersebut.

Ini membuktikan Perdana Menteri memberi keutamaan lebih tinggi kepada kaum India.

Hakikat bahawa Najib bersedia mengetepikan semua itu perbuatan jahat Waythamoorthy memfitnah kerajaan menunjukkan Perdana Menteri mengutamakan pembangunan kaum India berbanding perasaannya sendiri.

Ini membuktikan Najib komited untuk menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India.

Tak cukup dengan melantik Waythamoorthy, Perdana Menteri selepas PRU-13 tempoh hari turut mengumumkan dua menteri dan empat timbalan menteri daripada kaum India.

Selain Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan, empat yang lain dilantik sebagai timbalan menteri – Datuk M.Saravanan (Belia dan Sukan), P.Kamalanathan (Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Dr J.Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan P.Wyathamoorthy (Jabatan Perdana Menteri).

Dari segi ekonomi dan pendidikan, dalam tempoh lima tahun jadi Perdana Menteri, hampir RM500 juta peruntukan telah disalurkan oleh Najib bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini.

Langkah itu adalah untuk memastikan kaum India berjaya dalam bidang ekonomi termasuk pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus melalui pelbagai dana yang disediakan kerajaan

Sebagai contoh, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) sahaja telah memperuntukkan sejumlah RM34.5 juta untuk membantu peniaga kaum India antara tahun 2008 hingga 2011.

Pada 2012 Tekun menyalurkan peruntukan RM30 juta sementara 2013 sebanyak RM50 juta dan tahun ini juga RM50 juta. Bagi dana lain, dalam tempoh dari Ogos 2012 hingga Oktober 2013, sebanyak 8,107 permohonan daripada usahawan India diterima dan sebanyak RM119.4 juta sudah disalurkan.

Tekun turut membantu 65 syarikat milik kaum India untuk menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dengan peruntukan berjumlah RM4.4 juta.

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula sudah menyalurkan pinjaman berjumlah RM47.5 juta kepada 774 usahawan India manakala Tekun melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga memberi pinjaman RM153.9 juta kepada 12,319 usahawan India.

Selain daripada itu, beliau sejumlah 22 syarikat atau bengkel milik kaum India mendapat manfaat daripada peruntukan berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui program Pemodenan Bengkel Automotif (Atom).

Beliau berkata bagi memastikan anak-anak India tidak ketinggalan, kerajaan menyalurkan peruntukan RM100 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sama seperti yang diperoleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Jika apa yang Najib buat ini pun Waythamoorthy masih merasakan yang Najib khianat pada orang India, kita pun tak tahu nak letakkan dia ni kat mana lagi.

Mungkin kena bagi jawatan busuk-busuk pun Timbalan Perdana Menteri kot baru dia puas hati.

Minta maaflah, pergi bertanding dulu dalam pilihanraya baru tahu kedudukan kau tu takat mana.

Orang macam Waythamoorthy ni campak kat darat jadi sampah, lempar kat laut layak jadi tukun jelah….itu pun kalau ikan ‘sanggup’ nak singgah….


-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger