Home » » Wanita Melayu, Anak & Ibunya Di Kunci & Di Bakar !!

Wanita Melayu, Anak & Ibunya Di Kunci & Di Bakar !!

Written By Unknown on 21/01/2014 | 7:30 pm

Kunci Rumah Kekasih Dari Luar Sebelum Bakar

DEK kerana dendam, seorang lelaki bertindak mengunci grill pintu rumah teman wanitanya dari luar sebelum membakarnya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah unit pangsapuri di Desa Rejang, Setapak Jaya, Wangsa Maju, pagi tadi.
Menurut salah seorang jiran, dia melihat seorang lelaki memasuki unit yang didiami oleh Sarliza Saidin, 29, bersama anaknya yang berusia 18 bulan serta ibunya, berusia sekitar 40 hingga 50 tahun.
Lelaki tersebut dipercayai mengunci grill pintu dari luar sebelum mencurah petrol di sekelilingnya dan menyalakan api.
Laporan mengenai kebakaran itu diterima oleh pihak Bomba dan Penyelamat sekitar jam 1.25 petang yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian bersama-sama 41 anggota.
Kebakaran tersebut berjaya dikawal dalam masa setengah jam.
Sarliza dilaporkan melecur kira-kira 80 peratus pada tubuhnya, manakala bayinya, 50 peratus. Ibunya pula mengalami lecur kira-kira 10 peratus.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan, polis sudah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menyiasat dari segenap sudut.
“Teman lelaki Sarliza kini sedang disiasat sebagai suspek utama kes yang dipercayai bermotifkan dendam ini,” ujarnya.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger