Opsss….. sebelum apa-apa… jangan salah faham, rumah tangga Ning Baizura masih lagi bahagia dengan suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton dan anak lelakinya, Ryan Sky Dalton.
Cumanya, suami Ning dalam muzik video Bukan Wanita Sempurna yang menjalinkan hubungan sulit, bukan dengan wanita, sebaliknya dengan lelaki!
Tak sangka pengarah muzik video di Malaysia pun sudah kreatif dengan mempelbagaikan lagi jalan cerita dalam sesebuah video untuk lagu tersebut.
Selalunya mereka hanya ‘stuck’ dengan membuat video bertemakan kecurangan di antara lelaki berstatus suami dengan skandalnya.
Tup tup sudah berani mengentengahkan isu suami berskandal dengan individu lain yang sama jantina dengannya.
Yela, dalam realiti kehidupan perkara sebegini sememangnya wujud dan hubungan sesama jenis sudah pun dilihat sebagai hak asasi individu yang hangat diperjuangkan di negara Barat khususnya.
Berbalik kepada video ni, lain sikitlah, baru ada pembaharuan dalam produksi muzik video kan.
Sedap juga lagu ini, tapi macam kurang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana melibatkan aksi sensual model lelaki dalam video ini.
Tapi apa-apa pun layan la dulu video ni ya!
mynewshub
+ comments + 1 comments
http://ashamsuri.blogspot.com/2014/01/wajib-baca-kadir-jasin-sokong-ibdillah.html
Post a Comment