Home » » Video Peragut Di Tangkap Di Cheras

Video Peragut Di Tangkap Di Cheras

Written By Unknown on 09/01/2014 | 3:10 pm

PeragutCheras

DENGAN kerjasama orang ramai, mereka berjaya memberkas seorang peragut selepas dia meragut seutas rantai emas seorang wanita pagi semalam.

Kejadian berlaku di Taman Orkid di Batu 9, Cheras ketika mangsa sedang berjalan kaki bersama bayinya di dalam kereta sorong.

Mangsa menjerit selepas rantainya diragut menyebabkan orang ramai yang lalu lalang di kawasan bertindak mengejar mangsa.

Apabila orang ramai berjaya mendapatkan suspek, suspek cuba bergelut dan sempat memukul kepala seorang lelaki yang juga mengejarnya sehingga kepalanya berdarah.

Akhirnya selepas bergelut, suspek berjaya ditahan serta kaki dan tangannya diikat.

Pihak polis komuniti di kawasan itu dipanggil untuk memberikan bantuan sebelum suspek diserahkan kepada pihak polis. – Mynewshub.my

Peragut Berjaya Diberkas Di Cherashttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/PeragutCheras.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/PeragutCheras-150x150.jpgAuthor MNHmyVideoUtama,


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger