Oleh Erfieza Mujeini
SHAH ALAM, 12 November – Bekas Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Faizal Azhar dihukum penjara 60 tahun dan denda RM1,280,600 kerana membuat tuntutan palsu pembekalan papan tanda dan tong sampah tiga tahun lalu.
Ahmad Faizal, 41, didapati bersalah terhadap 15 tuduhan yang dikenakan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Selain hukuman itu, Hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Asmadi Hussin juga menetapkan Ahmad Faizal perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda RM1,280,600.
Hukuman berjalan serentak mulai hari ini.
Lima belas tuduhan yang dikenakan ke atas Ahmad Faizal adalah seperti berikut:
Tuduhan pertama: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM80,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih ukuran 580(W) X 740 (D) sebanyak 80 unit Zon Bersih JKP 5 bernilai RM16,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun Mohd Basar selaku Pengarah Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121350 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 03221
Tuduhan kedua: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak 6 unit dan papan tanda kecil sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121353 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 32863
Tuduhan ketiga: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak enam unit dan papan tanda kecil sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121345 yang mengandungi inbois Md Yazid bin Mian, No.20198
Tuduhan keempat: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM88,800
Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar saiz 1.5m x 3m sebanyak 8 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM17,760 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 2010121323 yang mengandungi inbois Md Yazid bin Mian no 00891
Tuduhan kelima: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM35,000
Ahmad memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar saiz 1.5m x 5m sebanyak 2 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM7,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 010121317 yang mengandungi inbois Dutamas Media Communications no 23323
Tuduhan keenam: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM 88,800
Ahmad Faizal didapati memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Informasi Bersih sebanyak 8 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM17,760.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda informasi itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun binti Mohd Basar selaku Pengarah Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 2010121348 yang mengandungi inbois Jafiznah Engineering Sdn Bhd no 10115.
Tuduhan ketujuh: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM80,000
Ahmad Faizal didapati memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 80 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM16,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No 010121330 yang mengandungi inbois Jafiznah Engineering Sdn Bhd no 51529
Tuduhan kelapan: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X 3’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan November 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini Salleh, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110363 yang mengandungi inbois Md Yazid Mian @ Naiman no 23812
Tuduhan kesembilan: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan November 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011110361 yang mengandungi inbois Nusa Ventures Enterprise no 221111
Tuduhan ke-10: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM93,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X 3’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,600.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121036 yang mengandungi inbois Perak Hitam Enterprise no 020772
Tuduhan ke-11: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM62,000
Ahmad faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5’ sebanyak 4 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1’ X 3’ sebanyak 4 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM12,400.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121932 yang mengandungi inbois Gubras Enterprise no 291175
Tuduhan ke-12: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 20111121933 yang mengandungi inbois Perniagaan RG tiada no, bertarikh 16hb Disember 2011
Tuduhan ke-13: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM 97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Informasi Zon Bersih sebanyak 10 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda Informasi itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121009 yang mengandungi inbois Keris Putih Enterprise no 38323
Tuduhan ke-14: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM93,000
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda Zon Bersih saiz 2.5’ X 5.0’ sebanyak 6 unit dan papan tanda Zon Bersih saiz 1.0’ X 3.0’ sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,600.00 yang mana sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121930 yang mengandungi inbois Md Yazid Mian @ Naiman no 23583
Tuduhan ke-15: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM97,500
Ahmad Faizal telah memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih sebanyak 100 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM19,500.00 yang mana sebenarnya pembekalan tong sampah itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Disember 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hajah Haini satu dokumen pesanan kerajaan MPSJ no 2011121931 yang mengandungi inbois Nusa Ventures Enterprise no 151111.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah binti Kasran dan Yusliza Yusof manakala tertuduh diwakili Mohd Shahrullah Khan bin Nawab Zadah Khan. Hakim turut menetapkan wang jaminan RM50,000 sementara menunggu peguam bela memfailkan rayuan ke peringkat Mahkamah Tinggi.
Post a Comment