Seorang rakyat Malaysia adalah antara 21 orang yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan, pada Jumaat, di mana militan melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang sedang makan pada jarak dekat.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah berkata, warganegara Malaysia berkenaan bekerja untuk sebuah organisasi antarabangsa, tetapi enggan memberikan namanya kerana masih belum mendapatkan kebenaran daripada isteri mangsa untuk berbuat demikian.
“Kami, bagaimanapun bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Afghanistan mengenai perkara ini. Orang yang akan berurusan mengenai perkara ini adalah Pesuruhjaya Tinggi kami ke United Kingdom,” kata Hamzah ketika dihubungi.
Hamzah berkata Wisma Putra akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu apabila mempunyai maklumat lanjut.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa 21 orang, termasuk 13 warga asing meninggal dunia dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di ibu negara Afghanistan.
Antara yang terkorban ialah dua rakyat Britain, dua warga Kanada, seorang wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pemilik restoran, dari Lubnan.
Salah seorang penyerang dilaporkan telah meletupkan ves untuk membunuh diri di pintu masuk restoran Taverna du Liban dan dua militan lain menyerbu ke dalam dan melepaskan tembakan. – Mstar Online
Post a Comment