Selepas diumumkan akan bertanding di DUN Kajang semalam, kebanyakan pihak menganggap ini adalah langkah untuk menaikkan Anwar di kerusi Menteri Besar Selangor.
Apa pun, ini cuma congakan dalam dunia politik sahaja. Hakikatnya masih ada beberapa faktor perlu diambil kira termasuk pilihan rakyat Kajang ketika pilihanraya kecil kelak, perkenan Sultan Selangor serta qada’ dan qadar Allah.
Tapi ada pihak yang nampaknya dah tak sabar sangat menobatkan Anwar di posisi tersebut hingga mengubah data di portal rujukan Wikipedia dengan meletakkan nama ketua pembangkang itu sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 selepas Tan Sri Khalid Ibrahim.
Blogger Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) mendedahkan, perubahan dilakukan seseorang dari Pulau Pinang.
Begitu pun, pemeriksaan penulis mendapati Wikipedia sudah membetulkan fakta tersilap itu dengan memadamkan kembali nama Anwar dari senarai. - REM RAMZI/newshub
Aakj dah lama perati..paling hampir..wiki juga turut terlibat menghentam PM Najib dalam isu kangkung..bodoh piang punya admin hahaha tuuuiHH !!
Post a Comment