Home » » Pinjaman Tidak Di Bayar ; "Ah Long" Lepas Ular Tedung Di Buru !!

Pinjaman Tidak Di Bayar ; "Ah Long" Lepas Ular Tedung Di Buru !!

Written By Unknown on 04/01/2014 | 9:00 am

Ah Long Terdesak, Lepas Ular Di Rumah Mangsa

BIASANYA Ah Long atau lintah darat yang ingin mengutip hutang akan menggangu peminjam wang dengan menakut-nakutkan mereka, memukul atau menyimbah cat berwarna merah ke rumah peminjam.
Namun, kali ini tindakan mereka semakin melampau apabila melepaskan seekor ular tedung ke dalam rumah peminjam.
Kegiatan itu terbongkar apabila seorang wanita berusia 54 tahun memohon bantuan dari Ketua Biro Khidmat Dan Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong selepas dia menemui seekor ular tedung selar berwarna kuning di bawah kerusi sofa di rumahnya.
Kejadian itu berlaku selepas anaknya yang meminjam wang dari lintah darat melarikan diri dan membiarkan keluarganya menghadapi gangguan daripada geng Ah Long berkenaan.
“Saya sedang mengambil sesuatu dari bawah sofa dan ternampak hujung ekor seekor ular, saya yang ketakutan segera meminta bantuan pekerja buruh yang ada berhampiran rumah saya,” kata mangsa Wong See Mooi.
Pekerja-pekerja kontrak itu membantu Wong membunuh ular berbisa itu.
Wong mengesyaki ular berkenaan dilepaskan oleh geng Ah Long berkenaan, kerana dia sekeluarga belum pernah terjumpa seekor  tikus pun di rumah itu apatah lagi ular semenjak 11 tahun mereka tinggal di situ.
Menurut Wong, anak bongsunya berusia 29 tahun Ng Chee Ming keluar dari rumah 5 Disember lepas dan tidak pulang-pulang sehingga hari ini.
Seminggu selepas pemergiannya, keluara Wong dihujani panggilan dari Ah Long berkenaan menuntutnya  menjelaskan hutang anaknya itu.
Wong berkata ini adalah kali keempat Ng meminjam wang dari Ah Long, keluarganya sudah membantu menjelaskan hutang kira-kira RM90,000 sebelum ini.
Wong yang sudah enggan mengaku Ng sebagai anaknya membuat laporan polis pada 25 Disember.
Bagi Michael pula, ini adalah kali pertama pihaknya didatangi satu kes seperti itu melibatkan perbuatan mengutip hutang menggunakan ular tedung.
“Jika ular itu mematuk sesiapa di dalam rumah, Ah Long berkenaan boleh didakwa kerana membunuh,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger