Home » » Perak ; Pokok Getah Ini Keluarkan Susu 6Kg Sehari

Perak ; Pokok Getah Ini Keluarkan Susu 6Kg Sehari

Written By Unknown on 30/01/2014 | 10:21 pm




Kuala Kangsar, Seorang pekebun kecil dikampung Bendang Selising,Sauk dekat sini mendakwa dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanamnya mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.


Abu Sabri Adnan,63,yang juga ketua kampung berkenaan berkata,kedua-dua pokok getah itu yang ditanam sejak 19 tahun lalu,mengeluarkan susu kira-kira 12 jam setiap kali toreh.


Menurutnya,biasanya dia akan menoreh pada pukul 7 pagi dan pokok getah yang mempunya ukurlilt hampir 190 sentimeter itu hanya akan berhenti mengeluarkan susu pada pukul 7 malam.

Saya tidak menggunakan mangkut biasa bagi menadah susu getah sebaliknya terpaksa menggunakan tong yang lebih besar kerana jika tidak,getah itu akan melimpah.
Setiap kali ditoreh saya dapat enam kilogram susu daripada kedua-dua batang pokok ini atau tiga kilogram setiap pokok.


Saya tidak pernah gunakan bahan penggalak susu atau baja khas,pokok ini mengeluarkan susu secara semula jadi,''dakwanya ketika ditemuai disini semalam.

Sementara itu wartawan Utusan Malaysia yang membuat tinjuan pada pukul 4 petang disini semalam mendapati,kedua-dua batang pokok itu masih mengeluarkan susu walaupun ditoreh pada pukul 7 pagi.

Menurut Abu Sabri kedua-dua batang pokok itu adalah getah dari Klon 361 yang dibeli daripada seorang pekebun keturunan cina dengan harga RM2 sepokok kira-kira 19 tahun lalu.

Menurutnya dia beli lima anak pokok getah untuk proses cantuman supaya klonya membiak,namun tiga darpadanya mati selepas ditanam akibat patah dipukul ribut.

Kedua-kedua pokok getah ini mula ditoreh ketika berusia sembilan tahun dan sehingga hari ini pokok ini masih mengeluarkan susu yang banyak dan keadaannya masih subur.

Saya cuma menoreh selang sehari bagi mengelak terlalu banyak bekas torehan dan tidak mahu memaksa pokok ini mengluarkan susu setiap hari,dibimbangi getahnya akan berkurangan atau ada lain-lain kesan jika ditoreh setiap hari,''katanya.

Dia yang memiliki kebun getah seluas empat hektar memberitahu,sehingga kini dia belum membiakkan baka pokok getah istemewa itu menerusi teknit cantuman pocuk kerana kurang mahir untuk melakukanya.

Katanya dia mahu berkongsi dengan orang ramai tentang rahsia klon pokok getah itu dan mencadangkan pihak yang berkenaan supaya membuat kajian

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger