Home » » Pening Cikgu, Panjangnya Nama Anak

Pening Cikgu, Panjangnya Nama Anak

Written By Unknown on 09/01/2014 | 8:45 pm

NAMA

Orang selalu cakap ada apa pada nama, namun tidak dapat dinafikan nama seseorang individu itu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.
Ibu bapa pastinya mahu yang terbaik buat anak mereka dan selalunya mereka akan memberikan nama yang membawa maksud baik buat putera atau puteri mereka.
Tidak dinafikan pada masa kini pelbagai nama yang menarik dan sedap didengar yang menjadi pilihan ibu bapa moden.
Namun, janganlah sampai begini obses semua nama sekaligus nak diletakkan pada nama anak itu.
Sebagai contoh, gambar di bawah ini.
Adik ini mempunyai tujuh nama yang diberikan ibu bapanya Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah.
Di masa hadapan, pasti sukar untuk bakal suaminya melafazkan akad nikah dengan nama panjang berjela begitu.
Tak gitu?
Apa salahnya contohi orang zaman dahulu yang gemar memberikan satu nama sahaja dan klasik untuk disebut.
Sebagai contoh, Cempaka, Orkid, Dahlia, kalau nak lebih urban, letak Jasmin, Shasha pun dah okay rasanya.
Tapi, yelah, mungkin kepuasan agaknya buat ibu bapa untuk meletakkan nama panjang berjela kepada anak mereka.
-mynewshub
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
1/09/2014 8:57 pm

Inilah namanya parents yg bodoh...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger