Seperti si kecil dalam gambar di atas, dia kelihatan tidur pulas dengan pelekat di dahi, kemungkinan besar sedang demam.
Kejadian dirakamkan di depan bank CIMB Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang oleh seorang insan prihatin.
Kanak-kanak tersebut dilaporkan memang sering berada di situ kerana menemani ibunya yang berniaga kerepek.
Kasihan sungguh. Diharapkan ada pihak yang dapat menjenguk nasib kanak-kanak ini.
Maklumlah, pasti ada sebab mengapa si ibu terpaksa membawa bersama anaknya yang masih kecil ketika berniaga kerepek sedangkan pada usia seperti ini kanak-kanak itu sepatutnya berada di rumah mengulang kaji pelajaran atau bermain bersama rakan-rakan. – mynewshub
Sumber: panggungopera.blogspot.com
Post a Comment