Home » » Paderi Kurang Ajar ; SOSMA Atau Menghina Mahkamah Atau Langgar Titah Sultan?

Paderi Kurang Ajar ; SOSMA Atau Menghina Mahkamah Atau Langgar Titah Sultan?

Written By Unknown on 11/01/2014 | 9:16 pm



PEKAN – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata semua pihak perlu memberi peluang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)memainkan peranan dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, isu keselamatan dan ketenteraman awam serta desakan menguatkuasakan semula ISA tidak akan timbul jika semua pihak mematuhi dan menerima undang-undang yang ada.

“Biarkan undang-undang ini (Sosma) memainkan peranannya dan kita akan lihat keberkesanannya. Jika ada keperluan untuk menguatkuasakan semula ISA, kita akan lihat dari sudut memperkasakannya,” katanya kepada pemberita di majlis perasmian projek Penyusunan Semula Kampung (PSK) Bangkong, Paloh Hinai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan menguatkuasakan semula ISA kerana Sosma dilihat tidak memadai untuk menangani isu membabitkan puak ekstremis.

“Kita harus lihat kehendak masyarakat yang ramai tetapi kerana desakan minoriti yang ada dalam negara walaupun dalam keadaan masyarakat majmuk ia tidak bererti kerajaan mengenepikan desakan itu,” kata Mohd Shafie lagi. – BERNAMA


Aakj ; Dato Shafie...yang gambar kat atas tu under SOSMA ke Menghina Mahkamah atau Langgar Titah Sultan?
Share this article :

+ comments + 1 comments

1/12/2014 11:47 am

jom kita buat pilihanraya untuk mendapat undi sokongan wujudnya ISA dengan yang menentang. YB ni jangan main ckp aje:
“Kita harus lihat kehendak masyarakat yang ramai tetapi kerana desakan minoriti yang ada dalam negara walaupun dalam keadaan masyarakat majmuk ia tidak bererti kerajaan mengenepikan desakan itu,”
Buatlah undian kita tengkok berapa ramai yang menyokong ISA dikembalikan...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger