Home » » Otak Hadi Awang Sama Dengan Otak Doreamon

Otak Hadi Awang Sama Dengan Otak Doreamon

Written By Unknown on 21/01/2014 | 8:00 am


OlehZR;

Pasti ramai yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi ‘alat’ kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.

Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut, namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti kata mudah, dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding ‘bangkai’ gajah yang berada di depan mata.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu, ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.

“Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah. Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa,” katanya.

Betul, dari satu sudut kita menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu. Ini kerana apabila dinilai dan diteliti, banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.

Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah, mengapa Hadi hanya mampu melihat, menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu? Sedangkan sekiranya dikaji semula, isu tersebut turut berlaku di dalam Pas, apabila parti itu mengambil pendekatan ‘tahalul siyasi’ untuk bersama DAP dan PKR. Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.

Ini kerana, sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan ‘Pakatan Rakyat’, ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. Ini kerana dasar perjuangan DAP yang ‘ultra kiasu’ dan PKR dengan pendekatan ‘liberal’ telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.

Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin ‘hilang taring’ sejak berada di dalam pakatan. Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu, perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.

Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu, menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya. Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.

Paling memeranjatkan, apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno, kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. Sedangkan apabila diteliti ‘ahli-ahli agama’parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.

Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah. Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.

Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.


Jadi ada baiknya, Hadi selaku Presiden melihat, mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger