Home » » Mahasiswa & Mahasiswi Rajin Berzina - Ketua Penerangan Pas Terengganu !!

Mahasiswa & Mahasiswi Rajin Berzina - Ketua Penerangan Pas Terengganu !!

Written By Unknown on 01/01/2014 | 7:00 pm


KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd. Nor Hamzah melahirkan rasa kesal kerana ramai golongan mahasiswa didakwa terjebak dengan gejala sosial seperti zina dan dadah.
Beliau mendakwa, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana mahasiswa merupakan golongan terpelajar dan mereka tidak sepatutnya memenuhkan laporan media dengan kes-kes memalukan tersebut.
Sehubungan itu, beliau menyalahkan sistem pendidikan Malaysia kerana didakwa gagal membentuk mahasiswa menjadi modal insan yang baik untuk negara.
“Tidak sedikit siswa-siswi dan graduan muncul wajah mereka di dada-dada akhbar atas kes-kes yang memualkan seperti zina, buang anak, dadah, rempit yang terkadang sebati dengan mereka walaupun terpelajar.
“Sayang, ilmu dunia memandu mereka ke arah yang dimurkai Allah. Mereka mungkin berjaya dalam hal keduniaan, tetapi meminggirkan aspek keagamaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Beliau dalam pada itu mendakwa, Unit Amal PAS terpaksa menggantikan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh jentera kerajaan dalam membantu mangsa banjir di Terengganu baru-baru ini.
Dakwanya, mangsa banjir di Terengganu berasa kecewa dengan bantuan daripada jentera kerajaan sewaktu bencana itu melanda dan lebih mempercayai Unit Amal PAS dalam mendapatkan bantuan terbabit.
“Unit Amal PAS lebih dipercayai atau dalam bahasa Terengganu ‘Mudah Kira” dalam menyalurkan bantuan sehinggakan pasukan keselamatan datang memohon bantuan dari Unit Amal PAS,” dakwanya.

Aakj ; tuuuiiiHHHH !! malulah weyy mengaku hanya pas yang bantu mangsa banjir..tak perlu nak jual taik babi d sini..yang isu zina tu pun mangkok babi ni tak dengar cerita Mat Sabu d tangkap khalwat ke...Bekas Adun Pas Selising dengan skandal gerabak keretapi..Adun Pas Perupok dengan budok U..Stoppa Ali..ishhh nak aku cerita semula ke hahahaha 

mynewshub

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger