Home » » Kes Wira Jalan Kaki PRK Besut Di Pukul ; Kontraktor Di Buru

Kes Wira Jalan Kaki PRK Besut Di Pukul ; Kontraktor Di Buru

Written By Unknown on 09/01/2014 | 7:07 pm



KUALA TERENGGANU, 9 Jan (Bernama) -- Polis Terengganu kini sedang giat
memburu seorang kontraktor yang dipercayai terlibat dalam kes pukul seorang
petugas Yayasan Islam Terengganu, Mohd Noor Mat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata polis telah
melakukan serbuan di rumah suspek berusia 51 tahun itu di Besut, namun gagal mengesannya.


"Kita telah mengenal pasti suspek utama yang terlibat dan kita minta suspek
tampil menyerah diri ke balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, suspek dipercayai sedang bersembunyi di tempat lain dan yakin dia dan beberapa individu lain akan diberkas dalam masa terdekat.
Kejadian berlaku pada kira-kira 1.50 petang di hadapan Dewan Gong Kemuntong ketika Mohd Noor, 47, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut.
Mangsa telah disekat sekumpulan lelaki sehingga berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditumbuk dan dipukul.

Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan dan
telah dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan
serta dibenarkan keluar pagi, semalam.

Sementara itu, Manoharan meminta pihak yang tidak bertanggungjawab
menghentikan penyebaran fitnah yang mengatakan mangsa telah meninggal akibat pukulan itu.

Katanya, tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu yang
menyebarkan berita kematian mangsa melalui laman sosial Facebook.
Pada 2007, Mohd Noor pernah mengharumkan nama Daerah Besut setelah
menyahut cabaran Menteri Besar Terengganu ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh
untuk berjalan kaki dari Kemaman hingga Besut.

Beliau mengulangi kejayaan itu tahun lepas dengan berjalan kaki dari Kuala
Besut ke Putrajaya sejauh 600 kilometer sebagai melunaskan nazarnya setelah Barisan Nasional mengekalkan kerusi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, pada Julai tahun lalu.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger