Home » » Kereta Mewah Lim Guan Eng ; Hadiah Kerja Keras Beliau

Kereta Mewah Lim Guan Eng ; Hadiah Kerja Keras Beliau

Written By Unknown on 01/01/2014 | 12:00 pm

Pengerusi DAP, Karpal Singh mengakui kerajaan Pulau Pinang membelikan kereta Mercedes-Benz S300L bernilai hampir RM700,000 untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau bagaimanapun mendakwa, pemberian hadiah tahun baharu oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Guan Eng itu amat wajar berdasarkan status dan maruahnya selaku seorang Ketua Menteri.
“Tiada orang boleh mempertikaikan kemudahan ini. Beliau (Guan Eng) layak menerimanya memandangkan Pulau Pinang telah berkembang dengan hebat dibawah kepimpinannya sejak tahun 2008,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mynewshub.my sebelum ini mempersoalkan tentang Guan Eng yang akan mula menggunakan Mercedes-Benz S300L sedangkan beliau selama ini sering menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) amat boros.
Karpal seterusnya mendakwa, meskipun nilai pasaran kereta tersebut RM657,218, kerajaan Pulau Pinang cuma membayar RM298,263.75 untuk kereta Guan Eng tersebut selepas pengecualian bayaran duti dan diskaun sebanyak RM100,000.
Beliau turut mendakwa, nombor pendaftaran PG1 kereta berkenaan memang diperuntukkan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang meskipun beliau berpendapat nombor pendaftaran P1 lebih sesuai.

Dari sahabat facebook Bro Ayim II ;

Kerajaan Pulau Pinang telah membeli sebuah Mercedes S300L kepada Lim Guan Eng, walaupun sudah ada sebuah Mercedez S400.

Harga sebenar S300L ialah RM657,218, tetapi telah dikecualikan cukai dan diberi diskaun RM100,000 kepada pembekal, menjadikan harga belian RM298,263.75.

Persoalannya, siapakah pembekal itu dan kenapakah diskaun yang besar diberikan? Apakah kepentingan pembekal itu yang berbuat demikian? Diharap SPRM mengambil perhatian dan menyiasat.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger