Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kaum Sikh bebas untuk mengamalkan agama mereka di negara ini dengan aman.
Karpal membuat gesaan itu berikutan bimbang dengan kenyataan yang dibuat oleh Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehin Mukhyi kelmarin.
“Dakwaan Sallehin bahawa larangan pengunaan kalimah `Allah’ tidak dibenarkan ke atas semua bukan Islam termasuk Sikhs melampaui akibatnya.
“Dekri Selangor Sultan bahawa perkataan ‘Allah’ adalah eksklusif untuk umat Islam telah disalah erti,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Karpal mendakwa, larangan itu jika berlaku di Pulau Pinang boleh dicabar di mahkamah dengan mengambil kira jaminan hak kebebasan beragama di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Dakwanya, Artikel 4 (1) menyatakan Perlembagaan Persekutuan adalah perundangan tertinggi dan mana-mana perundangan diluluskan Parlimen atau kerajaan negeri yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan tidak sah.
Mynewshub.my pada 12 Januari lalu melaporkan Karpal melahirkan kebimbangan larangan penggunaan kalimah `Allah’ oleh pihak berkuasa akan turut dikenakan ke atas penganut Sikh.
Singh menggesa kerajaan Pulau Pinang mendapatkan nasihat perundangan sekiranya terdapat bukan Islam di negeri itu dilarang oleh pihak berkuasa agama negeri menggunakan kalimah `Allah’.
Beliau mendakwa, di dalam `Bible’ Sikh perkataan `Allah’ muncul sebanyak 37 kali. –Mynewshub.my
Post a Comment