Home » » Himpunan Babi Guling ; Polis Kecewakan Rakyat Malaysia ?

Himpunan Babi Guling ; Polis Kecewakan Rakyat Malaysia ?

Written By Unknown on 02/01/2014 | 8:00 am


Semalam aakj ada luahkan d SINI..kesian Rakyat Malaysia yang bersungguh buat repot Polis...

Dari Bernama ;

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu, di Dataran Merdeka, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya berjanji akan memberi keutamaan kepada kes itu dengan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu.

“Kami akan jalankan siasatan berhubung kes ini kerana mereka ini telah
mengganggu-gugat kesejahteraan awam ketika sambutan tahun baharu malam tadi,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian polis, kira-kira 25,000 orang hadir
di Dataran Merdeka malam tadi termasuk mereka yang datang untuk menyambut tahun baharu.

Polis tidak menolak kemungkinan penganjur perhimpunan itu adalah empat
badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

Perhimpunan haram itu bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran
perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun),
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mohmad berkata sebanyak 1,936 laporan polis diterima daripada NGO dan
individu yang membantah perhimpunan itu, manakala lapan laporan polis dibuat terhadap perhimpunan haram malam tadi.

Beliau berkata laporan polis itu termasuk berhubung penemuan empat bilah
parang dan tiga pisau rambo yang disembunyikan dalam payung di celah pokok bunga, belakang bangunan Kompleks Daya Bumi

“Kami menerima maklumat itu daripada seorang pengawal keselamatan yang juga anggota polis bantuan. Kami masih menyiasat motif senjata itu diletakkan di situ,” katanya.

Mohmad berkata pihaknya turut menerima laporan berhubung seorang pegawai
polis cedera di kepala dan mulut semasa bertugas selepas dibaling dengan tin
minuman oleh peserta perhimpunan di Bukit Bintang.

Beliau berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat berhubung perhimpunan
haram terbabit.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger