Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk membekukan kenaikan gaji baru menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker yang sepatutnya berkuatkuasa bulan ini.
Bagaimanapun, ahlil exco, Ean Yong Hian Wah dilaporkan hari ini berkata, bahawa kenaikan gaji Ahli Undangan Negeri (ADUN) kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.
Keputusan itu dibuat selepas tercetus kontroversi ekoran kenaikan gaji yang diumumkan November lepas. Pentadbiran Selangor menerima kecaman yang luar biasa hebat daripada rakyat berikutan kenaikan mendadak dan luar biasa berkenaan.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 27 November tahun lalu meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 Adun berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker Dun mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Speaker Dun dan Barisan Exco kerajaan negeri.
Gaji Menteri Besar sebelum ini diluluskan untuk dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.
“Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat,” katanya ketika itu.
Post a Comment