Home » » Foto Kemalangan Di Hiway PLUS, Kereta Lotus Hancur Pemandu Cedera Parah

Foto Kemalangan Di Hiway PLUS, Kereta Lotus Hancur Pemandu Cedera Parah

Written By Unknown on 10/01/2014 | 6:20 pm

LotusElise

Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta sport berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Pagoh menuju ke arah Tangkak tengahari tadi.
Ia berlaku di KM147.2 lebuhraya berkenaan melibatkan kereta jenis Lotus Elise.
Jika dilihat pada gambar, bumbung kereta mangsa kelihatan seperti sudah tercabut tetapi sebenarnya ia adalah rekaan asal kereta jenis itu yang tidak berbumbung.

LotusElise01
Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1 tengahari tadi melibatkan mangsa seorang warga Singapura.
Terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai kemalangan ini. Nasib pemandu Lotus Elise berkenaan masih belum diketahui statusnya.
Kemaskini Pukul 6.08 Petang
Susulan kemalangan tengahari tadi, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Pemandu Lotus itu cedera parah di beberapa bahagian badan sudah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Aminah di Muar, Johor untuk rawatan kecemasan.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk di kedua-dua arah lebuh raya sejauh kira-kira dua kilometer. – IBNU K/Mynewshub.my

LotusElis02


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger