Ia adalah angkara artis yang menghasilkan arca itu yang setinggi sembilan meter dari gangsa di Pretoria.
Mereka menambah ukiran arnab kecil itu sebagai tanda mereka adalah artisnya tanpa memaklumkan pihak kerajaan Afrika.
“Kami mahu ia diubah dengan segera, kerana integriti arca ini adalah penting,” kata jurucakap Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Afrika Selatan Mogomotsi Mogodiri.
Pihak kerajaan tidak tahu menahu langsung berkenaan imej arnab itu hanya selepas akhbar tempatan Afrika Selatan mendedahkannya.
“Kami menerima permohonan maaf mereka,” kata Mogodiri.
Bagaimanapun ketika, tidak diketahui berapa lama masa akan diambil untuk mengeluarkan ukiran arnab berkenaan dari telinga arca Mandela itu.
Syarikat yang dilantik untuk menghasilkan patung itu Koketso Growth, yang mengupah dua pengukir itu menggambarkan dua karyawan seni itu sebagai satu penyesalan yang besar.
Pengerusi syarikat berkenaan Dali Tambo berkata sejak dari awal telah melarang sesuatu ukiran asing di patung itu dan merancang untuk meletakkan plak berhampiran patung itu menunjukkan nama dua artis berkenaan.
“Mengecewakan apabila dua artis berkenaan memilih cara sebegitu untuk menunjukkan hasil karya mereka tanpa memberitahu kami,” katanya.
Ukiran patung Mandela dari gangsa itu dihasilkan dengan kos kira-kira US$740,000 Dolar Amerika merupakan patung ukiran terbesar Mandela pernah dihasilkan seluruh dunia.
Ia dipertontonkan kepada umum sehari selepas mendiang Mandela dikebumikan.
Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan selepas meringkuk selama 27 tahun di dalam penjara ketika dasar apartheid dan beliau meninggal dunia pada 5 Disember tahun lepas pada usia 95 tahun.
– Mynewshub.my
Post a Comment