Home » » Foto ; 3 Samseng Mengamuk Di Pejabat Akhbar Tamil

Foto ; 3 Samseng Mengamuk Di Pejabat Akhbar Tamil

Written By Unknown on 30/01/2014 | 7:16 pm


Gara-gara tidak berpuas hati dengan laporan berita mengenai seorang guru yoga, tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi dipercayai menceroboh dan menyerang bilik berita sebuah akhbar berbahasa Tamil di Jalan Ipoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang wartawan akhbar berkenaan M Ravindran cedera diserang kumpulan penceroboh itu yang turut memecahkan komputer dan peralatan kaca di pejabat berkenaan.

Ravindran berkata, tiga lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu dikatakan memecah pintu pejabatnya kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, sebaik memasuki pekarangan pejabat itu, kumpulan lelaki itu pada mulanya mencari seorang rakannya berhubung berita mengenai dakwaan berkaitan pemimpin sebuah pusat yoga dan kerohanian yang diasaskan seorang guru.



KAKITANGAN akhbar melihat antara kerosakan yang berlaku.


“Mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima komputer di tingkat yang menempatkan bahagian pengurusan pejabat selain merampas dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 daripada kakitangan yang bertugas,” katanya.

hmetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger