Buruan Liverpool untuk bersaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris terjejas apabila terikat 2-2 dengan Aston Villa di Stadium Anfield, awal pagi tadi.
Anak buah Brendan Rodgers terpaksa bangkit selepas ketinggalan 2-0 apabila Villa terlebih dulu memberi kejutan menerusi jaringan Andreas Weimann pada minit ke-25 dan disusuli Christian Benteke pada minit ke-36.
Namun sebelum separuh masa tamat, Daniel Sturridge merapatkan jurang ketinggalan pada minit ke-45 dan menjadi jaringan kesebelasnya musim ini.
Kapten Liverpool Steven Gerrard melegakan tuan rumah apabila menyumbat penalty pada minit ke-53 dan kedudukan 2-2 itu berlarutan sehinggalah tamat separuh masa kedua permainan.
Dengan pendahulu liga Arsenal Berjaya menundukkan Fulham 2-0 awal sebelum ini, Liverpool gagal merebut peluang untuk mengutip tiga mata.
Kedudukan itu menyaksikan Liverpool ketinggalan lapan mata dari pendahulu liga dan kedua di belakang Mancester City. – AFP
Post a Comment