ARTIKEL ASAL
ASSALAMUALAIKUM WAHAI KAWAN2 SEMUA.
Very good write up pls read
this without prejudice.
"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN" Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
ASSALAMU’ALAIKUM WBT WAHAI KAWAN2 YG DIRAHMATI ALLAH.
Setelah membaca dan teliti artikel asal, saya merasakan tulisan
tersebut adalah satu bentuk serangan minda secara halus utk mengelirukan
pemikiran khasnya org Melayu utk membenci kerajaan yg ditunjangi oleh org
Melayu dan Islam (UMNO). Oleh itu, saya merayu kawan2 utk membaca penjelasan
dan penerangan yg diberikan sebagai semangat baru utk kita bangkit menentang
pembohongan dan tuduhan liar yg tidak berasas. Pls read the explanation and
clarification without prejudice.
FITNAH: Mengapa Malaysia
semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA
MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN
|
ARTIKEL ASAL
Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas
kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau
JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri.
Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar
kehidupan
sementara di dunia ini.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
ุจِุณْู
ِ ุงِููู ุงูุฑَّุญْู
َุงِู ุงูุฑَّุญِْูู
ِ
(Bismillahirahmanirahim). Saya mulakan usaha memberi penjelasan ini dengan
menyebut nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memohon supaya
diberikan ilham dan bimbingan utk dipermudahkan penulisan dan mudah difahami
pembaca. Usaha ini bukan atas kepentingan peribadi tetapi sayangkan bangsa
dan agama agar tidak mudah tertipu. Saya menulis utk membantu orang2 yang susah,
tidak bermaklumat dan yg tidak ada masa untuk berfikir kerana sibuK mencari
rezeki supaya dapat menerima rasional di sebalik perbezaan seperti analisa
yang dibuat penulis asal. Utk diri saya dan keluarga, Alhamdulillah, cukuplah
sekadar kehidupan sementara di dunia ini.
|
ARTIKEL ASAL
Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman
politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan
bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat
teramai ini....terima kasih.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Bagi memudahkan kawan2 mengetahui fitnah dan pembohongan, format
tulisan saya menggandingkan penjelasan bersebelahan tulisan asal supaya mudah
dirujuk. Oleh itu, sudi kiranya sahabat2 membacanya dengan pemikiran dan hati
yg terbuka.. Mempertahankan kerajaan yg ada bukan bermakna kita menyokong
secara buta tuli tetapi mahukan kawan2 memahami rasional di sebalik tindakan
yg diambil…….terima kasih.
|
ARTIKEL ASAL
Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca
kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya
tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka.
Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...".
Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Bapak2 Menteri sebagai org politik memang menghargai undi yg telah
diberikan rakyat dan sudah tentu tidak mahu melakukan sesuatu yg boleh
menghilangkan sokongan. Tetapi, apabila penjelasan Bapak Menteri secara
jujur, ilmiah dan berfakta tidak mahu diterima, maka rakyat ada 2 pilihan,
jika suka, buat seperti yg disarankan dan jika tak suka, terpulang kpd mereka
utk ambil tindakan yg sewajarnya.
Melalui pengalaman sebelum ini, walaupun penjelasan secara ilmiah dan
fakta diberikan, namun, apabila minda sudah tertutup, ianya seperti mencurah
air di daun keladi.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab yang sudah cukup utk terangkan kpd yg
susah tentang cara utk mengatasi masalah, BUKAN mencurah minyak kepada api
yang sedang terbakar.
|
ARTIKEL ASAL
Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara
Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan
berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu,
jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak
berwibawa utk membela nasib rakyat.
.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Untuk mengatakan pemimpin kita tidak berwibawa untuk membela nasib
rakyat adalah satu kenyataan yg tidak berasas kerana statistik pembasmian
miskin tegar, tahap literasi, pengangguran, pembangunan infrastruktur, dll,
selepas merdeka, menunjukkan kerajaan Malaysia telah berjaya berbanding
Negara2 jiran dalam membela nasib rakyat. Statistik ini bukan direka tetapi
diakui oleh PBB.
Pada waktu Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1965,
Singapura, walaupun sebuah pulau merupakan negeri yg paling maju di Malaysia
kerana mempunyai infrastruktur yg terbaik hasil daripada peninggalan British
dan pendapatan yg tinggi dari kedudukan pelabuhan dan lapangan terbangnya yg
strategik dan sudah bertaraf dunia. Oleh itu, mentadbir Singpaura pada masa
itu tidaklah susah berbanding Malaysia yang mempunyai banyak negeri yang
masih mundur. Tengok saja Pulau Pinang, hampir sama seperti Singapura,
kemajuan yg ada hari ini adalah hasil dari kewibawaan pemimpin terdahulu
bukan kerajaan pembangkang sekarang. Oleh itu, dengan parameters yg sama,
pemimpin Malaysia berwibawa untuk memajukan Negara dan membela nasib rakyat.
Tetapi, apabila sudah maju, siapa yg membanjiri ke sana seperti juga
Singapura? Pepatah mengatakan, di mana ada gula, di situ ada semut. Anda
fikirkan, jika gula itu ibarat kemewahan, siapa pula sebenarnya semut?
Sehubungan dengan itu, jika penulis asal seorang berbangsa Melayu,
bandingkan keadaan saudara dengan bapa saudara. Tidak mungkin saudara akan
berada di kedudukan ‘sudah cukup’ sekarang kalau tidak kerana pemimpin yang
prihatin dan berwibawa membela nasib rakyat.
|
ARTIKEL ASAL
Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan
Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm
sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana
mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan
'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan
kagum kewibawaanya.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Membandingkan Malaysia dengan Singapura adalah tidak adil kerana
mempunyai parameters yg jauh berbeza dari segi populasi, GNP, keluasan tanah,
agama yg dominan, dll.
Singapura bernasib baik bukan semata-mata kerana mempunyai seorang
Ketua Negara yg diiktiraf dunia tetapi kedudukannya yg strategik yg
menjadikan pelabuhan dan lapangan terbangnya bertaraf dunia seperti itik
emas. Kehebatan LKYew memang tidak diperkecilkan. Namun, kehebatan pemimpin
Malaysia juga tidak boleh dinafikan dalam menerajui pembangunan dan kemajuan
Negara berdasarkan keadaan yg banyak berbeza.
Sebagai seorang Melayu dan Islam, kita sepatutnya berbangga dengan
kemampuan pemimpin kita kerana dengan kekangan dari segi fisikal dan
spiritual, masih boleh membangunkan Negara dan rakyat.
|
ARTIKEL ASAL
Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil
tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak
pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam
agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesebuah negara akan
hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.
Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew
ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu
juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula
kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada
Singapura...heeeeee....lucukan.
Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini
tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali
minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan
pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat
mengimport tenaga mahir.
Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan
pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu
bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai
sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia
terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang
mereka.
.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Mengatakan Singapura ‘dinyahkan’ dari Malaysia berbunyi agak
keterlaluan. Persoalannya, mengapa Malaysia rela berpisah dengan Singapura
apabila Singapura mampu memberikan hasil Negara yang tinggi pada ketika itu?
Sudah tentu ada perkara yg lebih besar dan menggugat Malaysia yg umum tahu
adalah kerana sikap rasis LKYew yg keterlaluan dan mungkin ada agenda lain
yang tersembunyi yg ramai tidak tahu atau ambil peduli.
Isu air adalah isu kemanusiaan dan tidak harus dikaitkan kerana sudah
ada dalam perjanjian dan apa yg Singapura buat bukanlah perkara baru. Ianya
telah menjual air kepada kapal2 di pelabuhan sejak sebelum berpisah lagi dan diteruskan.
Begitu juga Johor membeli balik air pada harga yg lebih tinggi tidak
menghairankan kerana kos rawatan. Tidak ada apa yg melucukan dalam hal ini
kerana atas dasar perniagaan dan dipraktikkan di seluruh dunia.
Kilang penapis minyak di pulau2 sudah ada sebelum 1965 lagi dan
dikembangkan. Satu keberanian yg dilakukan oleh LKYew dalam dasar pendidikan
ialah menghapuskan sekolah2 jenis kebangsaan. Agak2nya, apa yg akan berlaku
jika dibuat di Malaysia? Cuba tinjau di negara2 jiran, ada terdapat sekolah
jenis kebangsaan? Hanya kerajaan Malaysia sahaja yg bersikap ‘accomodative’
dan tinggi toleransinya.
Dalam hal pekerja asing, apa salahnya mengambil pekerja mahir dari
luar untuk membantu memajukan Negara. Lagi pun, mereka berada di sini atas
kontrak kerja yg bertempoh. Singapura juga mengamalkan perkara yg sama dan
kebelakangan ini menawarkan kerakyatan kepada pakar dari luar. Pasukan
bolasepak Singapura sudah cukup untuk menggambarkan keadaan sebenar. Dalam
hal yg sama, mengapa tidak komen Singapura mengambil penasihat pertahanan
dari luar (Israel)?
Gejala rasuah akan berlaku di mana2 negara di dunia apabila terdapat
jurang yang lebar di antara komuniti kaya dengan yg miskin menyebabkan
pembangunan terbantut akibat ketirisan. Usaha mewujudkan kelas menengah
khasnya Melayu di Malaysia adalah langkah untuk mengurangkan gejala ini.
Di Malaysia, sektor perkhidmatan awam dikuasai oleh orang Melayu dan
sektor swasta oleh orang Cina yg menjalankan perniagaan dan menguasai
ekonomi. Pendapatan bekerja di sektor awam tidaklah selumayan berbanding di
swasta. Oleh itu, wujud ketidakseimbangan pendapatan di dua sektor ini
walaupun yg satu ada kuasa. Rasuah berlaku sebab adanya pihak yang memberi
dan menerima seperti bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
Dalam keadaan ini, rasuah berlaku kerana si pemberi mempunyai
kepentingan perniagaan dan si penerima pula adalah pihak yg ada kuasa utk
memenuhi kepentingan itu. Disebabkan jurang dari pendapatan ini, maka gejala
rasuah masih berlaku walaupun sudah banyak berkurangan. Orang Cina tidak akan
memberi rasuah kepada orang yg sebangsa dengannya atas dasar maruah diri dan
bangsa.
Isu pelabur luar (FDI), pusat kewangan dan sistem berteknologi tinggi
tidak perlu dibanggakan kerana Singapura sudah mempunyai infrastruktur yg
baik dan kedudukan kewangan yg mantap bagi membolehkannya menerapkan segala
apa jenis kemajuan yg ada di Negara2 maju.
|
ARTIKEL ASAL
Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi
Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual
kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk
menjana ekonomi rakyat?
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan adanya sumber2 alam
yg dinyatakan, Malaysia telah dapat menjana ekonomi rakyat melalui peluang
pekerjaan di sektor2 tersebut. Ini telah membantu index pengangguran di
Malaysia berada pada tahap yg rendah (< 3%) dan boleh dianggap sebagai
‘full employment’.
Ekonomi Malaysia memang setanding dengan Singapura jika dibanding
dari segi kos sara hidup dan pendapatan.
|
ARTIKEL ASAL
Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan
bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat.
Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan
terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn
pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu
dibelanjakan???
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Untuk meneruskan kemampuan kerajaan membela nasib rakyat, pertama,
sumber pendapatan Negara mesti diuruskan dengan baik. Sebagai bukti, subsidi
kos keperluan asas telah berjaya diteruskan sejak selepas merdeka sehingga
kini. Adalah tidak benar untuk menuduh kerajaan mengambil duit rakyat dengan
mengenakan pelbagai cukai. Sebenarnya, dari segi cukai banyak pembaharuan
yang telah dilakukan. Sebagai contoh, cukai pendapatan individu kini
dikenakan kpd yg berpendapatan melebehi RM5,000 sebulan dan cukai korporat
pula telah diturunkan kepada 25%. Pembaharuan ini bertujuan untuk melegakan
beban kepada individu (rakyat) tetapi dialih kepada syarikat korporat yang
telah tumbuh begitu banyak hasil dari iklim ekonomi Malaysia yang berdaya
saing (resilience).
|
ARTIKEL ASAL
Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika
dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk
membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan
bertindak seorang diri.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Malaysia juga tidak bertindak sendirian dalam membangunkan bidang2
tertentu seperti teknologi multimedia, mewujudkan pelbagai Jawatankuasa
Konsultatif dalam bidang perdagangan, dll dengan Korea, Jepun, Amerika,
negara2 Eropah, dll. Hasil daripada semua usaha ini telah membolehkan
Malaysia membangun mengikut acuannya sendiri.
|
ARTIKEL ASAL
Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji
apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar
rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana
hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.
Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat
kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat
Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga
rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Sikap Israel tidak boleh dijadikan contoh dan ikutan kerana mereka adalah
golongan manusia yg pentingkan diri, kapitalis dan pandai mengambil
kesempatan. Tengok sajalah, apa yg berlaku di Palestin? Jika nak ceritakan
helah Israel dalam banyak perkara, panjang ceritanya.
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam sangat berhati2 dan berhemah
dalam banyak tindakan yang diambil bagi memastikan pulangannya adalah yang
patuh syariah (syariah compliance).
|
ARTIKEL ASAL
Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews
(bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka)
kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh
lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn
kita.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Pada tahun 80’an ekonomi Korea adalah jauh kehadapan dari Malaysia
kerana saya bekerja di sana. Ketika itu, Korea sudah mempunyai beberapa
syarikat2 gergasi dunia seperti Samsung, Hyundai, LG, Daewoo, dll. berbanding
dengan Malaysia.
|
ARTIKEL ASAL
KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...
Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. Kita lihat pendapatan per kapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12
Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama
pada tahun 1980.
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781 Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan per kapita $15K ke atas. Ketika ini pendapatan per kapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
KOREA SELATAN DAN MALAYSIA……
Korea Selatan mencapai kemerdekaan pada tahun 1948, lebih kurang 10
tahun lebih awal dari Malaysia, dan dengan bantuan Amerika Syarikat, Korea
Selatan telah pesat membangun dari sebuah Negara yg bergantung kepada
pertanian. Perkara yg sama juga berlaku pada Malaysia yg berubah dari
pertanian, perkilangan dan kini ke arah teknologi tinggi. Pada tahun 1970 dgn bantuan Amerika Syarikat,
Korea Selatan sudah mampu bersaing di pasar global bersama negara2 maju di
Barat.
Tidak dinafikan kemajuan yg dicapai oleh Korea Selatan memang
menakjubkan. Pencapaian sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada
kewibawaan pemimpin sahaja tetapi sifat2 kesetiaan dan patriotisme rakyat
kepada Negara. Di Korea Selatan, sifat2 ini mudah disemai kerana mempunyai
satu bangsa dan tidak timbul isu org luar. Perkara ini banyak memudahkan
agenda pembangunan nasional dilaksanakan. Singapura juga hampir serupa kerana
mempunyai penduduk Cina yg ramai dari bangsa Melayu (13%) dan India (9%).
Di Malaysia, oleh kerana mempunyai penduduk yg pelbagai, maka apabila
agenda menyusun semula masyarakat diberi keutamaan, bangsa yg lain merasai
seolah2 kumpulan mereka dianak tirikan. Orang Cina yg menguasai ekonomi
merasa bahagian kek ekonomi yg dikuasai mereka dirampas oleh kerajaan
walaupun pada hakikatnya kerajaan telah membesarkan kek ekonomi dan
mengagihkannya supaya kekayaan Negara dapat dirasai oleh lebih ramai
rakyat.
Dalam usaha mencapai kemajuan, Malaysia telah mengambil ketetapan utk
menuju sebuah Negara maju mengikut acuannya sendiri. Sebagai sebuah Negara
Islam, pendekatan Malaysia mestilah berbeza dari Negara sekular dan bukan
Islam kerana ianya akan menjadi bukti bahawa Islam itu agama progresif, tidak
menghalang kemajuan, mencari kekayaan dan menuju pemodenan tetapi mesti
berlandaskan syariat Islam.
Kerajaan telah menyediakan ‘road map’ utk mencapai status Negara maju
pada tahun 2020 dan prestasinya juga diawasi. Sekiranya seluruh rakyat Malaysia
menyokong tujuan ini, maka syaratnya mudah saja, jangan timbulkan masalah
dalaman yg boleh membantutkan fokus, tenaga dan wang ringgit. Tidak ada
perkara di dunia yg mustahil dicapai dengan adanya komitmen, kesatuan dan
kesetiaan kpd Negara.
|
ARTIKEL ASAL
Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda
kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka
bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg
kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan
ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri
semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Sebagai sebuah Negara berdagang, Malaysia telah mengambil pendekatan
yg tersendiri semasa kegawatan ekonomi 1997.
Pendekatan itu telah menyelamatkan rakyat Malaysia daripada penjajahan
ala baru. Dalam keadaan ekonomi dunia yg masih tidak menentu, Malaysia masih
boleh mencapai pertumbuhan ekonomi antara 4.5% hingga 5.5% berbanding
Singapura dan Negara2 jiran yg lain. Statistik ini menggambarkan FDI masih
sihat dan ekonomi domestik juga masih segar.
Sebagai Negara yg berdagang dgn Negara2 lain di dunia, ekonomi
Malaysia akan terjejas dgn keadaan ekonomi global walaupun mempunyai polisi
yg baik. Ekonomi domestik Malaysia yg kecil tidak mampu menampung impak
ekonomi dunia berbanding Negara2 seperti Cina, India, Amerika, dll. yg
mempunyai penduduk yg lebih ramai.
|
ARTIKEL ASAL
Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi
negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC
atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi
Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai
dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri
drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan
nombor satu....heeee.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Kemudahan teknologi maklumat yg dikembangkan di Malaysia telah
membuka akses rakyat kepada rmaklumat dari seluruh dunia. Jika pada tahun
70’an dan 80’an, orang Eropah dan Amerika tidak tahu pasal Malaysia, kini,
melalui kemudahan ini mereka boleh berkawan dengan kita dengan adanya FB,
Tweeter, dll.
Seni tidak mengenal Bahasa seperti sebuah lukisan yg dihasilkan oleh
orang Melayu boleh difahami dan dihayati oleh pengemarnya dari pelbagai
bangsa di dunia ini. Dgn adanya
kemudahan internet dan lain2, dunia sudah tidak ada sempadan lagi. Sekatan
dan tapisan terletak pada jari anda.
|
ARTIKEL ASAL
Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi
kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei,
terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih
mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat
sendiri pun tak percaya termasuk saya.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Harus diingat Proton diwujudkan utk membangunkan industri automotif
Negara dan telah membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat. Kewujudan
Proton dalam pasaran yg sudah dikuasai oleh jenama2 lain yg sudah lama bukan
satu misi yg mudah. Sebab itu, menembusi pasaran akan mengambil masa kerana
ianya banyak bergantung kepada harga, reliability produk, ‘value for money’
dan keyakinan pengguna.
|
ARTIKEL ASAL
Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat
saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak
sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati
penggunanya sendiri..5 kali tukar RM15k.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Saya merasa simpati dengan nasib mereka yg menghadapi masalah gear
box kereta Perdana V6 tetapi ianya tidak menyeluruh. Kereta buatan Honda,
Toyota, dll juga ada masalah dan dipanggil balik utk dibaiki.
|
ARTIKEL ASAL
Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak
mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang
basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada.
Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan
dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Kebiasaannya, sebelum membeli sesuatu barang, kita akan membuat
perbandingan dari segala aspek supaya pembelian itu adalah transaksi yg
‘value for money’. Tak guna nak merungut selepas dibeli kerana anda mempunyai
pilihan dan kuasa utk menilai dan membuat keputusan. Peristiwa kapal Titanic
yg gah dan terbesar semasa itu di dunia adalah petunjuk dan pengajaran Allah
kepada manusia bahawasanya kuasa Allah lebih besar dan mampu mengatasi
segala2nya.
|
ARTIKEL ASAL
Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan
produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG.
Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di
seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi
pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Kita jangan ada sikap utk meniru segala apa yg org lain buat. Mungkin
perkara itu tidak sesuai bagi Negara kita.
|
ARTIKEL ASAL
Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana
mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di
Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya
dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik
pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Siapa kata rakyat Malaysia tak berani bersuara? The ‘silent majoriti’
bertindak mengikut saluran yg betul dan membuat keputusan semasa pilihanraya
berbanding dengan kumpulan minoriti yg bertindak ganas dan tidak berfaedah.
Yg merosak dan mengancam keamanan Negara adalah kumpulan minoriti yg
bertindak mengikut emosi dan tidak menghormati undang2 negara..
|
ARTIKEL ASAL
Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud
sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan
buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga
kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan
laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.
Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura
masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal
pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya.
Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Pembangkang di Malaysia bukan pembangkang yg membantu rakyat tetapi
lebih dari memecahbelahkan rakyat kerana kemarukkan kuasa. Anda sendiri boleh
menilai sumbangan pembangkang dalam pembangunan Negara. Mereka tidak ada
semangat patriotik sedikit pun kerana sanggup memburukkan Negara di forum
antarabangsa. Kempen mereka menghasut rakyat berterusan walaupun pilihanraya
sudah selesai. Oleh itu, lebih baik tidak ada kumpulan pembangkang sekiranya
peranan mereka hanya utk mengagalkan perancangan kerajaan. Bayangkan
persetujuan yg telah dicapai dalam jawatankuasa bersama boleh dipertikaikan.
Di antara Negara yg paling maju di Eropah ialah Jerman kerana
rakyatnya memilih bersama kerajaan yg dipilih selepas pilihanraya supaya
kemajuan Negara tidak terjejas walaupun menyokong parti lain dlm proses
pilihanraya.
|
ARTIKEL ASAL
Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada
hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa
beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin
jauh tertinggal.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Apa yg tak betulnya apabila dikatakan ringgit Malaysia semakin kukuh?
Yang membuat komen sebenarnya tidak faham konsep ini. Ini hanya terpakai
dalam urusan transaksi antarabangsa yg melibatkan tukaran wang asing.bukan
utk dalam negara. Sebagai contoh, jika garam yg diimpot dari Indonesia dulu
berharga 10,000 rupiah se kilogram yg mana pertukarannya bagi 1 ringgit
bersamaan dengan 3,000 rupiah, bermakna kita akan bayar 3.33 ringgit bagi se
kilogram garam. Tetapi, apabila
ringgit mengukuh kepada 3,300 rupiah bagi 1 ringgit, maka harga garam sudah
menjadi 3.0 ringgit se kilogram. Dalam keadaan ini, pengukuhan ringgit telah
meningkatkan kuasa beli pedagang Malaysia.
|
ARTIKEL ASAL
Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama
sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat
Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat
kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Syarikat yg membeli atau menyewa ruang pejabat membuat pilihan
berdasarkan beberapa faktor seperti kemudahan yg disediakan, susun atur
lantai, lokasi, harga, dll. Kadar occupancy sebanyak 60% - 70% sudah cukup
baik dalam sektor hartanah. Dalam hal ini, tidak ada paksaan kerana pelanggan
mempunyai pilihan. Sebagai contoh, Toyota mengeluarkan kereta Vios sebanyak
10,000 unit tetapi hanya 8,000 unit sahaja yng terjual. Adakah pemegang saham
Toyota telah dibodohkan oleh pengurusan syarikat?
|
ARTIKEL ASAL
Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya,
sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan
bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa
bersalah langsung.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Sikap menyalahkan org lain harus dikikis melainkan ada bukti yg
kukuh. Kekadang yg bertanya nak dengar komen yg mengikut selera dia sahaja.
Pemimpin pun manusia juga, apabila rakyat tidak boleh terima penjelasan
secara baik maka kekadang terpaksa memberi komen secara sinis.
|
ARTIKEL ASAL
Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri
terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri
Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di
tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb
Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Calon-calon yg bertanding dalam pilihanraya tidak pun tahu samada
mereka akan menang atau kalah. Pilihanraya di buat mengikut kawasan DUN dan
Parlimen bukan mengikut kerusi kementerian. Oleh itu, mereka yg menang dan
dilantik memegang jawatan kena belajar dan sesuaikan diri dengan segara.
Tambahan, Menteri hanya menjaga dasar dan polisi dan kurang terlibat dalam
operasi walaupun dia perlu memahaminya..
|
ARTIKEL ASAL
KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...
Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan. Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka. PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
ORANG BUTA SAJA YG KATA MALAYSIA TAK MAJU2….
Jangan pandang sebelah mata saja. Orang yg banyak melesapkan wang
Negara ialah Anwar bin Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan. Di waktu itu, ekonomi Negara berada di tahap yg terbaik dan
banyak projek2 mega seperti KLIA, Putrajaya, Lebuhraya Utara Selatan, dll. dilaksanakan.
Beliau telah mewujudkan 15 buah kontraktor berwibawa yg terdiri daripada
kroni2 beliau untuk diberikan projek2 tersebut yg kini hidup kaya raya.
Mengikut satu surat sumpah (Statutory Declaration) yg dibuat oleh bekas
Penolong Governor Bank Negara, Datuk Murad, Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun
bank di luar negara yg dijaganya
berjumlah RM40 billion.
Mengikut index persepsi rasuah antarabangsa, Malaysia berada di
kedudukan 54 daripada 178 negara dunia pada 2012. Kedudukan ini walaupun ada
sedikit peningkatan tetapi masih rendah.
Kerajaan Malaysia yg ditunjangi UMNO telah berjaya membangunkan
Negara ini sebagai Negara Islam contoh dan termaju di dunia dalam tempoh 56
tahun selepas merdeka. Ini adalah satu pencapaian yg boleh dibanggakan kerana
bukan mudah untuk mengekalkan perpaduan rakyat yg majmuk.
Projek istana Negara yg baru dan rumah PM bukanlah milik peribadi
tetapi kediaman rasmi bagi sesiapa yg dilantik memegang jawatan tersebut.
|
ARTIKEL ASAL
Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai
bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu
saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah
mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.
UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar
kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita
tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat
akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan
sekolah terpaksa ditutup.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Hasil pendapatan Negara ada yg disumbang dari sektor pembuatan,
jangan pandang rendah sumbangan sektor ini yang melebihi 30% dpd KDNK negara.
Saya ingin ulangi sekali lagi, mengapa perlu Malaysia meniru Negara
lain? Dalam isu kapal selam, berapa Negarakah yg memerlukan kapal selam di
dunia? Jika tak ramai mengapa perlu kita terlibat dalam pembinaan kapal
selam? Limbungan kapal sediada sudah cukup untuk membolehkan kapal selam
dibina di Malaysia.
Jangan jadi orang buta, pekak dan bisu! Parti mana yg memerintah
Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor sekarang? Rakyat kekal memilih UMNO utk
menunjangi pemerintahan Negara kerana mereka yakin hanya UMNO sahaja yg boleh
membawa kesejahteraan, keadilan, memilihara agama Islam dan keamanan Negara.
|
ARTIKEL ASAL
Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR.
Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil
berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu
mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Cakap dan menuduh memang mudah tetapi hakikatnya tidak begitu.
Menuduh duit rakyat diambil berbillion ringgit jika tidak ada bukti adalah
satu fitnah. Negara2 yg memberikan pendidikan percuma boleh dikira dan kadar
cukainya adalah yg tertinggi.
|
ARTIKEL ASAL
Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat.
Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara
dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung
beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya
diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Malaysia mengimpot kebanyakkan keperluan asas yg diperlukan rakyat
seperti gula, minyak, tepung, dll, dan sudah tentu harganya ditentukan oleh
pembekal. Sejak sekian lama, barang2 keperluan asas ini dijual pada harga yg
disubsidi oleh kerajaan. Oleh kerana kerajaan banyak memikirkan nasib rakyat
sudah lebih 50 tahun beban ini tidak dirasai rakyat. Tetapi kos subsidi sudah
sampai ke tahap yg kritikal dan sesuatu perlu dibuat kepada keperluan yg
kurang kritikal. Dalam keadaan yg mencabar, cara berbelanja kena berubah dan
berhemah seperti pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah.
Dalam hal ini, mengapa penulis asal tidak membuat sebarang komen
tentang tindakan kerajaan Selangor yg menaikkan gaji MB, Exco, ADUN 100%
hingga 300%, lesen perniagaan juga dinaikkan 300% dan begitu juga sewa rumah
PPRT dan banyak lagi di waktu kos sara hidup naik? Sekiranya, kerajaan
pembangkang Selangor pembela rakyat dan benar2 ‘merakyatkan ekonomi’,
sepatutnya, mereka berkorban dan membantu rakyat. Adakah ini tindakan membela nasib rakyat?
Kenapa penulis asal tidak komen tentang perkara ini? Jika nak buat analisa
buatlah secara menyeluruh bukan terpilih. Sikap ini jelas menggambarkan pendirian
penulis asal
|
ARTIKEL ASAL
Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran,
anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemunkaran ~ maka kita
anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka ubah
reform islah semampu kita ~ sila forward moga semua faham tahu kedudukan kita
& Peace For All
PENJELASAN KEPADA ARTIKEL ASAL
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujarat, ayat 6 yg bermaksud,
"Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik yang membawa
sesuatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan
suatu kaum kerana kebodohan(kejahilan), yang akhirnya kamu menyesali
perbuatanmu itu."
Di akhir zaman ini, ramai yg mengaku berilmu dengan niat utk
mengelirukan. Oleh itu, baca dan nilai segala apa maklumat yg sampai kpd kita
supaya kita tidak mudah terpedaya. Bertanyalah kpd kawan2 yg lebih arif dalam
perkara2 yg kita kurang tahu dan faham. Musuh2 bangsa Melayu dan Islam sedang
memainkan serangan minda untuk mengelirukan pemikiran kita. Hati2, penulis
asal ini mungkin musuh dalam selimut atau ahli tentera kacang merah (Red Bean
Army) yg tugasnya adalah utk menghasut org Melayu supaya membenci kerajaan
pimpinan org Melayu.
Kita harus banyak bersyukur kerana di atas keputusan tepat yg diambil
oleh pemimpin2 Melayu terdahulu telah menyelamatkan org Melayu hari ini
kerana jika Singapura masih di dalam Malaysia, sudah lama pemerintahan Negara
diterajui oleh orang Cina kerana kerusi parlimen yg banyak yg boleh disumbang
oleh Singapura mengikut sistem politik dalam perlembagaan persekutuan.
|
Post a Comment