Di Maria yang digantikan dengan Gareth Bale pada pertengahan separuh masa kedua aksi di Stadium Bernabeu itu dan menerima siulan kuat daripada penyokong Real sewaktu dia berlari keluar menuju tepi padang berkata, ia hanyalah tindakan semula jadi dan memohon maaf jika ada sesiapa yang berasa tersinggung.
Insiden berkenaan menjadi perdebatan secara meluas di kalangan media Sepanyol dan Argentina sehingga mendorong spekulasi bahawa Di Maria, yang kurang mendapat peluang penampilan sejak kehadiran Bale mungkin dijual pada perpindahan Januari atau hujung musim nanti.
“Tindakan saya itu tidak bermaksud apa-apa terhadap penyokong mahu pun jurulatih seperti apa yang didakwa itu,” kata Di Marian, 25, menerusi laman web rasmi kelab berkenaan.
“Ia hanyalah tindakan semula jadi yang dilakukan mana-mana lelaki lebih-lebih lagi ketika sedang berlari. Kamu melakukannya banyak lagi diatas padang. Menerusi kaca televisyen, anda dapat lihat ia berlaku dalam tempoh sesaat.
“Ia bukanlah sesuatu yang saya lakukan dalam tempoh agak panjang untuk tujuan tertentu,” jelas Di Maria.
Dia juga bersetuju dengan keputusan kelab itu yang melancarkan siasatan dalaman kerana ia pasti dapat membantu menyelesaikan segala pertikaian.
“Saya rasa ia tindakan baik, bukan saja kepada mereka yang membuka siasatan tetapi juga buat saya. Jasi saya boleh terangkan situasai berkenaan dan apa maksud ‘isyarat’ itu,” tambah Di Maria. – Agensi
Baca juga d SINI
Post a Comment