Home » » Ceramah Azhar Idrus Ibarat Cerita Lucah

Ceramah Azhar Idrus Ibarat Cerita Lucah

Written By Unknown on 02/01/2014 | 11:08 am


Oleh ZR;

Tindakan salah seorang aktivis pembangkang, Khalid Mohd Ismath yang mengkritik penceramah politik, Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz tersebut. Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Khalid telah diserang dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.
 
Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini, namun sekadar ingin memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.
 
Sedangkan sebelum ini, mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara. Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah, program dan demonstrasi anjuran pembangkang ini, pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para pemimpin.
 
Apabila disoal, mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang ingin mereka perjuangkan. Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan para pemimpin mereka, ia dianggap bodoh dan menghina Islam. Tambah menyakitkan hati apabila mereka, apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang diajarkan oleh ‘sekolah politik’ pembangkang.
 
Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.
 
“Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina. Lebih baik ke Dataran Merdeka, ubah kerajaan daripada jual agama.
 
“Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka), apa hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?. Ketika kawan-kawan kita sedang ‘berperang’ dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN).
 
Dia turut berkata, penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir pemikiran liberal.
 
“Pilih, sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?” katanya.
 
Tidak cukup dengan itu, melalui postingnya di dalam Facebook, dia menyifatkan ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.
 
“Buat mereka yang fikir ini ‘bermanfaat’. Lebih kurang filem porn” jelasnya yang turut memberikan link terhadap ceramah tersebut.
 
Semalam, Azhar menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger