Home » » Bukan Latihan ; Anggota Polis Mabuk Di Ambil Tindakan Serta Merta !!

Bukan Latihan ; Anggota Polis Mabuk Di Ambil Tindakan Serta Merta !!

Written By Unknown on 12/01/2014 | 11:51 pm




Gambar yang tersebar di Facebook dan blog.

Berita pertama tadi d SINI

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.

Share this article :

+ comments + 1 comments

1/13/2014 10:40 am

Longgar pengawasan sekarang ni.Kami dulu ada kes saja terus ditahan kerja

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger