Home » » Banjir Kelantan ; Foto Lebih 1000 Orang Sudah Di Pindahkan

Banjir Kelantan ; Foto Lebih 1000 Orang Sudah Di Pindahkan

Written By Unknown on 12/01/2014 | 12:00 pm





Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di dua jajahan di Kelantan pagi ini terus bertambah kepada seramai 1,050 orang berbanding seramai 897 orang malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, jajahan Jeli ialah mangsa teramai yng dipindahkan iaitu seramai 999 orang yang kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan.

"Mereka dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Legeh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Masjid Kampung Gemang dan Masjid Sungai Satan," katanya.

Di Tanah Merah pula mereka yang dipindahkan hanya membabitkan seramai 51 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kulim.

Katanya kesemua mangsa itu terdiri daripada 178 buah keluarga yang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok di Jenob sejak pagi semalam.

Bacaan paras air sungai itu pada pukul 8 pagi ini adalah 24.03 meter iaitu melepasi paras bahaya 23.50 meter.

Penduduk di Rantau Panjang, Pasir Mas pula dinasihatkan supaya mengambil langkah bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras ais Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah melepasi paras bahaya. 

Paras bacaan kini adalah 9.43 meter melepasi paras bahaya 9 meter dan sungai-sungai utama lain juga dilaporkan terus meningkat namun belum mencecah paras bahaya.

 - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger