Himpunan Turun yang gagal dengan jayanya pada 31 Disember lalu
kekal dalam lipatan sejarah sebagai satu lagi demonstrasi yang sia-sia. Selain seorang anggota keselamatan
dilaporkan cedera, para peserta himpunan pulang dalam keletihan dan keterujaan
yang tidak membawa apa-apa makna. Nasib
baik kali ini tidak banyak harga awam yang musnah.
Hasil dari himpunan tersebut hanyalah sampah sarap yang terpaksa
dibersihkan oleh pekerja DBKL.
SSM melaporkan kehadiran sehingga 50,000. Malaysiakini pula melaporkan hanya
10,000 manakala KiniTV menyebut 7,000. Pelik
sekali apabila Malaysiakini tidak cuba memutarbelit angka menjadi ratusan atau
jutaan ribu sepertimana yang sering dilakukan oleh portal itu sebelum
ini.
Bagaimanapun, angka rasmi pihak polis merekodkan 10,000 dengan
jumlah sebenar peserta lebih kurang hanya 7,000. Angka 3,000 lagi adalah termasuk pihak
keselamatan, pihak risikan, pemerhati dan pengunjung yang terperangkap dalam
himpunan selain para wartawan.
Seperti biasa, bangsa Melayu mewakili 98% peserta himpunan. Rata-rata mereka adalah dari golongan
muda termasuk mahasiswa. Topeng
Guy Fawkes iaitu seorang pemberontak Kristian ekstrem serta sepanduk-sepanduk
‘bodoh’ seperti ‘turunkan harga, kami nak pakai superbike’ membuktikan
betapa kroniknya kebodohan anak-anak muda ini. Di celah-celah itu, kelihatan para
peniaga berbangsa Cina sibuk meraih untung menjual T-Shirt dan topeng kepada
para perusuh.
Dari apa yang berlaku, mungkin tidak salah dikatakan bahawa bangsa
inilah juga yang sedang mencatur negara ini dengan menggunakan kuasa ekonomi
yang ada pada mereka.
Oleh itu, kita tidak hairan apabila blog Lim Kit Siang langsung
tidak berminat untuk menyentuh isu himpunan ini secara mendalam. Mereka tahu bahawa sekiranya himpunan
ini tidak berjaya menggoyahkan kerajaan, mereka tetap dapat meraih untung
melalui perniagaan sampingan. Sekiranya
berjaya menggulingkan kerajaan pula, mereka akan dapat lebih untung apabila DAP
menguasai negara melalui boneka mereka dalam PKR dan PAS.
Apa yang pasti, mereka langsung tidak peduli tentang harga barang
yang naik kerana kenaikan harga barang adalah keuntungan bagi peniaga yang
majoritinya kaum Cina.
Justeru, sekiranya kerajaan digulingkan sekali pun, harga barang
tidak mungkin turun malah kemungkinan besar akan semakin meningkat apabila
monopoli Cina diperkukuhkan melalui dasar kesamarataan total DAP. Namun,
itupun jika orang Melayu tidak bangkit menentang DAP.
Tidak ada dalam sejarah moden mana-mana negara yang berjaya
menggulingkan pemerintah mampu membina negara yang lebih baik dari
sebelumnya. Semua
negara-negara yang telah berjaya menggulingkan pemerintah terus huru-hara atau
musnah sama sekali.
Malaysia juga pastinya akan mengalami nasib yang sama jika
mengikut jejak langkah negara-negara itu.
Hakikatnya, penggulingan kerajaan hanya akan menyebabkan pelabur
dan pelancong menarik balik pelaburan dan membatalkan lawatan. Ramai peniaga akan kerugian, pekerja
akan kehilangan kerja dan pengangguran akan meningkat dalam sekelip mata.
Berdasarkan hakikat ini, kita ingin bertanya kepada puak yang
merusuh itu, apakah mereka benar-benar percaya yang harga barang akan dapat
diturunkan jika mereka berjaya menggulingkan kerajaan?
Kerajaan boleh terus memberi penjelasan tentang kenaikan harga
barang dan perkembangan ekonomi dunia tetapi apakah budak-budak yang ‘ingin
membeli superbike’ tadi mampu memahaminya? Mereka nampaknya langsung tidak tahu
akan tujuan hidup sendiri dan pastinya tidak punya apa-apa perancangan untuk
hari esok, apatah lagi masa depan. Maka,
bolehkah kita mengharapkan mereka ini memahami apa-apa?
Anak-anak muda ini memusuhi kerajaan atas alasan menentang dasar
kapitalis. tetapi di masa yang sama, tidak menyedari bahawa merekalah balaci,
alat, kuda tunggangan dan anjing kurap pihak kapitalis yang
sebenar-benarnya.
Oleh itu, sekali
lagi kita bertanya, selain sedikit upah, apa yang para perusuh itu dapat
selepas berhimpun dan berasak-asak membodohkan diri di mata dunia? Bangga? Megah? Gembira? Puas hati? Apa yang mereka banggakan? Apakah mereka berjaya mencapai apa-apa
untuk merasa puas hati?
Jika masih punya sedikit akal untuk memahami apa yang berlaku,
sekurang-kurangnya cubalah memahami angka 7,000 – 10,000 peserta berbanding
sasaran 50,000 oleh pihak SSM. Bandingkan
pula angka itu dengan sasaran 1 juta dalam himpunan-himpunan tajaan pembangkang
sebelum ini yang terus merosot secara konsisten, dengan jumlah keseluruhan
rakyat Malaysia 28 juta. Apakah
maknanya angka-angka ini?
Untuk pengetahuan para balaci perusuh jalanan sekalian,
angka-angka ini membuktikan bahawa Himpunan Turun hanyalah satu lagi demonstrasi yang gagal oleh
manusia yang gagal juga (losers)!
Post a Comment