Home » » Adun Dap Subang Jaya Arah Pulangkan Balik Bible !!

Adun Dap Subang Jaya Arah Pulangkan Balik Bible !!

Written By Unknown on 06/01/2014 | 10:00 am

HannahYeoh


SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh yang bergaji besar dalam twitternya semalam, cuba menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab mengarahkan serbuan dilakukan.

Semalam, premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) diserbu Jais dan lebih 300 buah Bible berbahasa Melayu dirampas.

Hannah kemudian mendesak pula agar Bible yang dirampas di kembalikan semula.

Beliau yang juga Ahli DUN (ADUN) Subang berkata, tindakan tegas seperti menggantung tugas wajar dilakukan kerana pegawai terbabit tidak mendapat restu daripada kerajaan negeri sebelum membuat serbuan di pejabat berkenaan.

“Menteri Besar Selangor @Khalid_Ibrahim sepatunya menggantung tugas pegawai Jais yang mengarahkan serbuan ke atas PBM tanpa kebenaran kerajaan negeri, kesemua Al-Kitab (Bible Bahasa Melayu) patut dipulangkan,” katanya.

Masih ingat lagi tindakan Exco Pihak Berkuasa Tempatan Selangor Ronnie Liu yang mengarahkan karton-karton tin minuman keras yang dirampas Majlis Bandaraya Shah Alam pada 2009 dipulangkan semula.

Adakah insiden Bible ini juga bakal berulang dengan rentetan cerita yang sama jika Khalid bertindak memulangkan semula Bible yang dirampas dek desakan Hannah pula.

Baca juga d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger