KITA biasa mendengar ayat ‘malang tidak berbau’ yang kerap kali digunakan untuk merujuk kepada kemalangan yang tidak disangka-sangka.
Namun, bagi seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Katowice-Pyrzowice, Poland, ‘malang’ itu umpama boleh dihidu olehnya.
Ia dibuktikan dalam satu kejadian di mana seorang bayi yang diletakkan oleh bapanya di meja kaunter barang terjatuh.
Pada ketika itu, lelaki itu sedang mengambil kot dan anaknya tiba-tiba menunduk ke depan sebelum jatuh ke bawah.
Namun, dengan pantas pengawal keselamatan itu melompat dan meniarap untuk menyambut bayi itu dari terhempas terus ke lantai.
Jika dilihat pada ketinggian meja itu, kami yakin bayi itu boleh mengalami kecederaan yang serius sekiranya tidak sempat disambut. Memang hebat!
mynewshub
Post a Comment