Tahun 2013 akan melaburkan tirainya dalam beberapa jam lagi dan 2014 akan membuka satu lembaran baru. Pada masa ini ramailah yang akan bertanya, “what’s your new year’s resolution?”. A new year resolution is a promise that you make to yourself to start doing something good or stop something bad on the first day of the year.
So, New Year's Eve has always been a time for looking back to the past, and more importantly, forward to the coming year. It's a time to reflect on the changes we want (or need) to make and resolve to follow through on those changes. Di Amerika dan di dunia barat yang lain ianya merupakan satu amalan yang dimulakan dengan azam dan tekad untuk dicapai dalam tahun yang baru.
Sebagai contoh, azam untuk berhenti merokok, kurangkan berat badan, menabung simpanan, dll. Bagi kita umat Islam yang terbaik ialah seperti azam untuk meningkatkan kualiti solat, menambah ilmu agama, rajin ke masjid, menghapuskan sifat-sifat terkeji (mazmumah) seperti membohong, menipu, dll. Kata pepatah Melayu, seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama atau ‘ a giant leap starts with a first step’.
Azam adalah sesuatu yang sangat penting. Ia boleh diibaratkan sebagai daya penggerak bagi setiap urusan mahupun kerja yang ingin dilakukan. Begitu juga azam adalah perkara yang sukar ditangkap dan dikesan tetapi hanya boleh dihidu dan dilihat apabila ianya diterjemahkan dalam bentuk perbuatan ataupun tindakan.
Kerana itulah azam disifatkan sebagai kerja hati. Ertinya, timbulnya azam itu sebenarnya adalah terbit dari lubuk hati seseorang. Kemudian, apa yang dikerjakan oleh hati itu akan dilaksanakan pula oleh anggota badan. Maka, kita mungkin sekali tidak boleh mengetahui apa yang dicitakan dalam hati orang lain, tetapi dengan melihat kepada gerak kerjanya, kita boleh mengagak apa yang telah dia rancangkan dalam hati sebelum kerjanya itu dilaksanakan.
Masa yang telah berlalu menyimpan segala peristiwa dan menjadi sejarah samada yang manis atau pun yang pahit untuk diterima. Walaupun tahun 2013 tidak banyak berlaku peristiwa yang sedih, duka, hampa dan kecewa tetapi satu peristiwa telah dapat mengatasi semua yang suka, gembira dan menguntungkan kerana perbuatan ditipu, pembohongan dan ditikam dari belakang oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Perbuatan ini pula sama sekali tidak boleh diterima dan memalukan kerana dilakukan oleh orang-orang yang berkedudukan dan bergelar.
Namun demikian, kata orang, sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera yang bermaksud bagaimanapun lurusnya seseorang, jika sekali tertipu, tak akan mau tertipu lagi untuk kedua kalinya.

Pengalaman ini menjadi titik hitam yang telah mencemarkan satu perjuangan yang suci kepada ramai khususnya di UMNO Kelana Jaya. Ianya akan dijadikan pengajaran dan iktibar supaya yang baik dijadikan sempadan dan yang buruk dijadikan pedoman dalam meneruskan hidup yang penuh cabaran dan dugaan. Si pelaku dan kuncu-kuncunya jangan pula fikir perkara ini kecil dan boleh dilupakan begitu sahaja.
Peristiwa Hitam dan Suram Oktober 2013 atau ‘Black and Bleak October 2013’ akan menjadi kenangan yang abadi dalam hidup ramai perjuang penegak agama, bangsa dan tanahair di Kelana Jaya. Peristiwa ini juga akan menyaksikan sebahagian besar srikandi dan pendekar bangsa akan menyisihkan diri dan memberi tamparan besar kepada BN di N32.

Peristiwa ini juga telah membongkar secara jelas satu kumpulan manusia munafik dalam mengejar kuasa di dunia yang sementara. Untuk mengelak diri dari tergulung sebagai orang munafik dijelaskan secara ringkas tapi padat pengertian sifat-sifat munafik seperti yang diterangkan dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al’Syaikhan dari Ibn. ‘Amr.
Penerangan ini diceduk dari satu rencana supaya ianya tidak disalah tafsirkan oleh yang berniat jahat. Terdapat empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu. Hadis ini menyebut empat (4) ragam sifat munafik seperti berikut.
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui
bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut di atas boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
Sehubungan dengan itu, berikut disenaraikan pengajaran yang boleh didapati daripada peristiwa hitam 2013:
1. Buah yang manis biasanya berulat
Ertinya: Kata-kata yang manis biasanya dapat menyesatkan atau menjerumuskan.
2. Malang tak dapat ditolak, mujur tak dapat diraih
Ertinya: Segala sesuatu dalam kehidupan bukan manusia yang menentukan.
3. “What you do not want done to yourself, do not do to others.” – Confucius
4. Alang berjawab, tepuk berbatas.
Ertinya: Perbuatan baik dibalas dengan perbuatan baik, perbuatan jahat dibalas dengan perbuatan kejahatan pula.
5. Tong penuh tidak berguncang, tong setengah yang berguncang.
Ertinya : Orang yang berilmu tidak akan banyak bicara, tetapi orang bodoh biasanya banyak bicara seolah-olah tahu banyak hal.
6. “Jika anda berjalan di jalan yang benar dan anda bersedia untuk terus berjalan, akhirnya anda akan membuat kemajuan” - Barack Hussein Obama
7. “A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way.” – John C. Maxwell
8. “Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya” – Adrieasa
Jika tahun 2013 dijadikan permulaan agenda transformasi politik Kelana Jaya, maka berikut adalah cadangan resolusi 2014 dari kumpulan yang ingin mengasingkan diri yang boleh dijadikan pelengkap kepada agenda tersebut.
1. Elak bersubahat dalam semua program atau aktiviti kepimpinan munafik
2. Jauhkan diri daripada kumpulan berpenyakit untuk mengelak daripada jangkitan sifat-sifat munafik
3. Rehat dan jadi penonton kepada drama bersiri 2014 lakonan pelakon-pelakon baru
4. Berusaha mengukuhkan ekonomi keluarga dan tingkatkan ilmu agama
5. Kukuhkan silaturahim dengan orang mukmin dan jauhi kumpulan munafik
6. Tebus kembali masa berbakti kepada parti yang tidak menghargai pengorbanan
Oleh yang demikian, marilah kita bersama kumpulan manusia yang sakit sama mengaduh, luka sama mengeluh iaitu seiya sekata dalam semua keadaan. This is such a simple quote, yet so powerful. If everyone lived by this, the world would be a better place. Treat others with respect and kindness, because that is how you would like to be treated, right? Marilah kita berazam dan bertekad untuk menjadikan 2014 tahun membersihkan Kelana Jaya dari kumpulan munafik. Selamat Tahun Baru 2014 dan salam sejahtera kepada kalian yang sudi membaca.

Post a Comment