oHHH UMNO !!
Semalam ambo tulis apa yang terjadi pada Pemilihan UMNO Kelana Jaya d SINI !!
Maafkan ambo..kena sambung lagi nampaknya cerita ini..kes ni dah macam pelik je...macam udang d sebalik mee je..macam bersetuju untuk menipu bersama je..macam bingai je..hehehe
Ambo takdelah nak tuduh sapa menipu sapa atau sapa yang cuba untuk menipu atau sapa yang ajar sapa menipu atau sapa yang komplot menipu bersama..sekodar renungan..kata Tok Guru ambo..panjang langkah kalau tak hati-hati..maka akan terlondeh juga..
Apakah Presiden UMNO penakut? kalau dia penakut takkan lah dia sanggup buka gelanggang seluasnya..
Nak ketawa juga ambo bila baca Surat Jawapan dari Jawatan Kuasa Pemilihan UMNO Malaysia..cuba u all baca..jangan terguling atau ludoh..senyum je..senyum tanda sedekah..sinis tanda kita nak ludoh hahaha
Tak salah kalau nak tetapkan masa untuk buat bantahan..tapi logik akal laa..kalau 3 hari..mana nak dapatkan bukti kukuh..kalau semua pihak betul-betul nak UMNO bersih imejnya maka beri ruang yang selesa pada ahli..ahli bukan abdi..ahli lah yang lantik anda semua kat atas nun..jangan lihat AHLI MACAM SAMPAH bila JAWATAN dah selamat..
"..kami ada bukti yang kami serah surat aduan tepat pada masanya.." itulah luahan pihak pengadu UMNI Kelana Jaya..
Itu satu bab..yang paling UTAMA..lihat pada kes..jawab pada kes..bukan lihat bagaimana nak TEPIS KES ini..bagaimana nak menangkan kes menipu dengan menipu juga? come on la derr..ahli nak lihat kesungguhan anda kat atas tu menjalankan amanah..
Kalau pihak pengadu serahkan tahun depan tu ada la logiknya nak tolak..
Ambo malas nak tohmah..sekadar minta anda yang dok dalam Jawatan Kuasa Pemilihan..anda juga manusia seperti ahli lain juga..entah kriteria apa yang jadi penyebab anda d pilih ambo pun tak tahu..ramai lagi yang layak..kalau UMNO asyik dok ReCycle orang tu je maka ahli UMNO akan meluat juga akhirnya..sori agak kasar sikit..bukan kata mereka yang jalankan amanah tak kredible..tapi akan jadi hina bila keputusan BERBEZA antara Bahagian UMNO seluruh Malaysia sedangkan SEBAB ADUAN yang sama..
Semua ahli UMNO masih waras..bukannya 3 hari masa d perlukan untuk bersihkan UMNO dari penyakit parasit siplis ni..
Masa nakkan UNDI maka semua muka jadi mayat..minta undi..bila kerusi d isi..ahli nak lihat apa yang anda buat..semua jadi macam Dewa..tak leh d tegur..
Paling ambo nak terberak..kalau calon tu ada STATUS BANKRUP maka tak sah masuk bertanding tapi kalau Pegawai Pemantau tu status Bankrup tak apa la plak..pegawai jadi macam dewa pada hari pemilihan..kita pun takut hahah sebab asyik d tegur begitu dan begini..akhirnya boleh lihat dengan jelas Pegawai Pemantau dok usung calon tiap-tiap malam..maaf bukan tuduh semua..ni pun kisah rumahtangga Kelana Jaya je..yang faham hanya kami yang ada dalam Bahagian ni je..
"..kami ada bukti juga bahawa ahli jawatan pemilihan sendiri kata 6 bulan semasa hearing tempohari.."
"..kalau tak layak bantah..kenapa tak rejek awal aduan kami..kenapa ada hearing..kalau tak sah atau tak valid maka jawabla segera..bukannya tanguh dan tangguh.." - perwakilan Kelana Jaya
"..apakah kerana adik Ku Nan yang bertanding atau kerana Bekas Setpol Muhyidin yang bertanding..jawablah sendiri.." En. Sahak
Post a Comment