Home » » Tidak Benar Pahang Luluskan Projek 1Malaysia Spritual Tourism City

Tidak Benar Pahang Luluskan Projek 1Malaysia Spritual Tourism City

Written By Unknown on 10/12/2013 | 7:00 pm







Oleh Dr Asyraf Wajidi

Semalam ramai yg share berkenaan dgn isu 1MST (1Malaysia Spritual Tourism) & ramai juga minta saya selidiki. Saya telah ajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang mengenainya. Ternyata ia satu FITNAH besar yg perlu di jernihkan. Berikut penjelasan yg diberikan kepada saya:

“ISU 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City:

1MST City takkan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik.

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. MB buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ktidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik”.

Ulasan saya: Ini satu contoh bagaimana satu berita yang tidak benar begitu mudah untuk disebarkan hingga menjadi satu FITNAH besar. Hati2lah dalam berkongsi maklumat di FB agar tidak terjebak dalam DOSA BESAR.

Nota Editor: Sebelum ini beberapa pihak mendakwa kerajaan negeri Pahang meluluskan ““1 Malaysia Spiritual Tourism” project – which will include the construction of a 30-floor pyramid and a giant Kuan Yin statue that will be touted as the largest pyramid in the world.”

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger