Home » » Terus Berkuasa Di Selangor; DAP Sasarkan 50% Pengundi Melayu Kekal Bersama Mereka!!

Terus Berkuasa Di Selangor; DAP Sasarkan 50% Pengundi Melayu Kekal Bersama Mereka!!

Written By Unknown on 17/12/2013 | 1:00 pm

dap masjid1


DAP telah memperdayakan bangsa Melayu di Selangor. Walaupun Menteri Besar Selangor berbangsa Melayu namun beliau hanyalah boneka DAP. Pentadbiran kerajaan Selangor dalam genggaman DAP. Mereka yang telah mengundi pakatan pembangkang dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas sebenarnya telah memilih DAP sebagai kerajaan Selangor. DAP yang bersikap rasis tetap akan menekan bangsa Melayu dan umat Islam.


Kini DAP Selangor menyasarkan untuk memperolehi 50 peratus sokongan pengundi Melayu negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 . DAP memperoleh kurang 40 peratus pengundi Melayu di Selangor pada PRU13 yang berlangsung Mei lalu. Ini bermakna mereka sedar orang Melayu di Selangor belum cukup ramai mereka perbodohkan. Pakatan Rakyat akan mampu membentuk kerajaan melalui pilihanraya umum ke-14 nanti apabila orang Melayu berani mengundi DAP manakala kaum-kaum lain sanggup mengundi PAS dan PKR.


Perancangan utama DAP untuk memperkukuhkan sokongan pengundi Melayu khususnya di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai lebih 30 peratus pengundi Melayu di Selangor. Oleh itu jentera mereka sedang merancang dan bekerja untuk melaksanakan misi ini.


Kita harus sedar bahawa DAP telah melantik jentera sukarelawan yang cukup ramai dikalangan mereka. Operasi digerakkan di mana-mana sahaja seperti di kedai-kedai makan, pusat membeli-belah, pusat reflexologi dan lain-lain lagi. Mereka ini telah dilatih untuk menimbulkan keraguan terhadap kerajaan Barisan Nasional. Selain itu mereka akan mengeluh dan seolah-olah simpati akan kesusahan yang kononnya “dicetuskan oleh kerajaan Barisan Nasional yang tidak pandai memerintah”.


Beberapa kawasan yang menjadi sasaran DAP Selangor adalah Parlimen Puchong, Serdang dan Klang dan juga kawasan DUN iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Teratai, Balakong, Sungai Pinang dan Sungai Pelek.Para pemimpin dan ahli DAP Selangor akan kerap memberi bantuan kepada penduduk luar bandar di Selangor. Ini kerana satu undi yang terdapat di kawasan luar bersamaan enam undi di kawasan bandar. DAP akan lakukan apa sahaja demi memastikan mereka dapat memerintah. Segala teknik lakonan dan topeng akan mereka gunakan untuk menipu dan memperdaya bangsa Melayu untuk mengundi mereka.


Perlu kita ingat pada 22 Ogos 2010, Teo Nie Ching yang merupakan Ahli Parlimen DAP Serdang telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo juga telah pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam masjid sedangkan pada waktu itu jam menunjukkan pukul 9.33 malam. Tindakan Teoh yang memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih ini merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.


Sebagai umat Islam kita perlu tahu bahawa mengikut Mazhab Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” surah At Taubah ayat 28.


Namun perkara penting seperti ini telah diabaikan oleh para pemimpin PAS. Selama ini telah banyak perkara penting dan wajib telah ditutup sebelah mata oleh PAS demi memenuhi kehendak DAP atas alasan kononnya mahu menarik pemimpin DAP memeluk Islam. Kita sedar ini sebenarnya merupakan retorik alasan pemimpin PAS yang begitu takut dan hormat pada DAP walaupun agama Islam telah dipijak di depan mata mereka. PAS terlalu takut kehilangan kerusi yang dijanjikan DAP sehingga mereka sanggup melacurkan agama Islam dan bangsa Melayu.


Berapa lama lagi bangsa Melayu di Selangor sanggup terus ditipu dan diperdaya oleh DAP. Jentera DAP yang bergerak meraih sokongan bangsa Melayu telah bergerak atas nama perjuangan agama Kristian mereka tanpa mengharapkan balasan. Umat Islam perlu bangkit bersatu padu atas nama fisabilillah mengembalikan semula Selangor ke tangan Barisan Nasional yang sentiasa menjaga maruah umat Islam dan bangsa Melayu

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger