Suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan telah ditahan hari ini, 26 Disember 2013 pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.
Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
CP DATO’ HADI HO
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH POLIS DIRAJA MALAYSIA
Ehsan Daeng Selili
Post a Comment