Home » » Terkini !! Foto Demostrasi Depan Rumah Ketua Menteri GAGAL !!

Terkini !! Foto Demostrasi Depan Rumah Ketua Menteri GAGAL !!

Written By Unknown on 30/12/2013 | 5:30 pm

Demonstrasi Depan Rumah Taib Mahmud GAGAL, Tiada Yang Muncul!

KUCHING – Pihak yang didakwa akan mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam tidak muncul, bagaimanapun polis kelihatan berkawal di lokasi mulai jam 2 petang.
Demonstrasi yang dikatakan cuba dirancang Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) nampaknya juga gagal menarik penyertaan penduduk tempatan.
Polis lengkap berpakaian seragam dan preman kelihatan berkawal di pintu masuk kediaman Ketua Menteri bagi memantau keadaan demonstrasi yang dikatakan ingin memaksa Taib meletak jawatan.
Pada masa sama polis turut mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Demak di dua lokasi berhampiran kediaman Ketua Menteri dan memeriksa hampir semua kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis sejak Jumaat lepas yang bertujuan membantah rancangan tersebut.
Antaranya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS), Pertubuhan Peradaban dan Warisan Melayu (ADAB) Sarawak, PEJASA serta beberapa persatuan bekas polis dan tentera.
Laporan polis dibuat selepas tersebarnya khabar mengatakan demonstrasi itu akan diadakan semalam menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan Internet.
Malah pada petang semalam, Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) seakan-akan mengukuhkan khabar itu. Bagaimanapun Chegu Bard menafikan akan menganjurkan demonstrasi itu.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Idris Buang berkata beliau kesal dengan wujudnya rancangan pihak tersebut yang meminta Taib meletak jawatan.
Menurutnya Taib telah dipilih menerusi proses demokrasi yang sah menerusi pilihan raya dan tidak wajar ada bantahan terhadap kedudukan beliau dalam kerajaan.
Pada sidang media di Ibu Pejabat PBB semalam beliau berkata kegagalan demonstrasi yang dirancang Chegu Bard menunjukkan rakyat Sarawak menolak budaya demonstrasi jalanan.
Rancangan seperti itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir, ujarnya.
“Kami tidak akan membiarkan sesiapa sahaja termasuk penyangak politik mengapa-apakan Presiden PBB (Taib).
“Pemilihan Taib sebagai Ketua Menteri bukan secara tipu sebaliknya secara sebulat suara oleh pengundi,” katanya. – The Borneo Post
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger