Home » » Solat Jumaat Berimamkan Imam Mekah Di PWTC Tidak SAH !

Solat Jumaat Berimamkan Imam Mekah Di PWTC Tidak SAH !

Written By Unknown on 07/12/2013 | 6:00 pm



Oleh ZR;
 
Walaupun pilihanraya umum sudah lama berakhir, namun pembangkang tidak pernah puas dengan gerakan untuk memfitnah dan memburukan kerajaan Umno. Hampir saban hari, ada sahaja isu-isu yang sengaja dibangkitkan. Paling mengecewakan, adakalanya isu yang dibawa itu bukan sahaja merupakan perkara yang kecil dan remeh, namun ada ketikanya ia turut berbaur sentimen dan menyentuh sensitiviti masyarakat.
 
Terbaru, mereka di lihat cuba mempertikaikan serta mewujudkan sentimen kebencian rakyat dengan membangkitkan isu solat jumaat para perwakilan Umno di PWTC semalam. Mereka mendakwa tindakan parti keramat orang Melayu yang menjemput Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Khalid Ali Al-Ghamidi itu semalam adalah salah.
 
Isu tersebut telah dibangkitkan oleh salah satu blog (negarapakatanrakyat.blogspot.com) yang dipercayai ditaja oleh pakatan pembangkang.
 
Ini kerana menurut mereka, iman tersebut berfahaman Wahabi berbanding Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tidak cukup dengan itu, mereka turut mendakwa ibadat haji yang dikerjakan selama ini tidak sah disebabkan perbezaan fahaman itu.

Syeikh Dr Khalid semalam mengimamkan solat Jumaat yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, yang disertai kira-kira 3,000 jemaah termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang berada di Malaysia sebagai tetamu negara diberikan penghormatan menjadi imam dan khatib Jumaat di surau itu. Manakala para jemaah kebanyakannya perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berlangsung di PWTC sejak Isnin.
 
Pergerakan Pemuda Umno sebelum ini membawakan usul untuk mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Usul yang dibawakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Khairul Azwan Harun itu antara lainnya bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,
 
Paling menarik, mereka turut mengatakan ia adalah merupakan antara sebab utama mengapa Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim enggan pergi menunaikan haji. Malah mereka juga dengan biadab turut mempersoalkan sama ada solat yang dilakukan semalam diterima oleh Allah atau sebaliknya. Berikut adalah antara petikan yang diambil dari blog tersebut.
 
“Sebab kita tahu Imam berkenaan tidak ada tauliah untuk mengetuai upacara sembahyang Jumaat di negara kita, di samping PWTC tempat beruk beruk UMNO bersidang itu pun, belum tentu ada kebenaran dari Jawatankuasa Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
 
Selain Imam Masjidil Haram berkenaan juga berfahaman Wahabi - berlawanan dengan fahaman majoriti besar yang mengikut di belakang, Sunnah Wal Jamaah.
 
Tuhan terima ke sembahyang tu?”
 
Sedangkan kehadiran Syeikh Dr Khalid langsung tiada kaitan dengan isu ASWJ ataupun Wahabi. Malah ketika ditanya, Beliau turut mengakui Malaysia adalah sebuah negara yang beliau kagumi.
 
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kunjungan Syeikh Dr Khalid bersama rombongan ulama-ulama dari Universiti Um-mul Qura', Makkah itu merupakan satu penghormatan yang cukup tinggi kepada Malaysia.

Jamil Khir berkata sebenarnya lawatan Imam Masjidil Haram itu ke Malaysia bersama-sama ulama Makkah telah lama dirancang dan secara kebetulan berlaku sewaktu Persidangan Agung Umno 2013 di PWTC.

"Beliau (Khalid) amat teruja dapat datang ke Malaysia buat kali pertama," katanya.

Jamil Khir berkata Perdana Menteri pula sangat mengalu-alukan dan berterima kasih atas kehadiran Khalid yang juga merupakan Imam Haramain (Imam Dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah)) itu ke Malaysia.
 
Kesimpulannya, inilah wajah-wajah sebenar pembangkang, yang akan mengunakan apa sahaja cara untuk memastikan Putrajaya dapat ditawan. Pada mereka apa sahaja cara yang digunakan bukanlah merupakan satu isu, walaupun adakalanya cara yang digunakan melapaui batas norma masyarakat.

Aakj ; basso blog pakatan rakyat bodoh bahalol..tuuuiHHH !
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger